Yew, Wong Chin and Saiful Farisin Md Ramlan, and Sia, Mal Kong and Ismail Ibrahim, (2023) Pemerkasaan dan pembangunan komuniti Orang Asli melalui ekopelancongan. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 219-235. ISSN 0126-5008
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583
Abstract
Lembah Belum merupakan kawasan yang kaya dengan keunikan ekosistem alam dan kepelbagaian spesies flora dan fauna. Selain itu, kawasan ini juga diperkaya dengan adanya kelompok kecil komuniti Orang Asli suku Jahai yang masih kental dengan budaya tradisional. Lembah Belum berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tumpuan bagi industri pelancongan yang bersifatkan ekosistem alam dan budaya komuniti setempat. Justeru, kegiatan ekopelancongan turut melibatkan masyarakat dan komuniti setempat yang mempunyai kawalan yang terhadap kegiatan pelancongan secara ketara dan penglibatan secara langsung dalam pembangunan dan pengurusannya yang sebahagian besar manfaatnya kekal dalam masyarakat. Ekopelancongan di kawasan Lembah Belum juga turut meminimumkan kesan negatif terhadap persekitaran alam semula jadi dan sosio-budaya Orang Asli, selain berfungsi untuk menyokong perlindungan kawasan alam semula jadi dengan menjana manfaat ekonomi melalui pendapatan alternatif dan pekerjaan sampingan untuk komuniti setempat. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan ekopelancongan peribumi (Orang Asli) berasaskan komuniti Orang Asli di Lembah Belum dan persekitaran hidup mereka untuk menjelaskan pemahaman tentang hubungan yang kompleks antara sektor pelancongan Orang Asli, warisan budaya tradisional dan perlindungan ekologi. Kajian ini menggunakan pendekatan pengumpulan data secara kualitatif, termasuk sesi temu bual separa berstruktur dengan pihak berkepentingan dan anggota komuniti Orang Asli. Hasil kajian mendapati beberapa impak penting dalam kegiatan ekopelancongan di kawasan Lembah Belum antaranya ialah kegiatan ekopelancongan diperkaya melalui pendidikan alam sekitar, ekopelancongan Orang Asli sebagai bentuk kemapanan kehidupan, ekopelancongan mengekalkan warisan budaya Orang Asli setempat. Selain itu, ekopelancongan di Lembah Belum diperkaya dengan ekosistem alam sebagai tarikan kepada kegiatan ekopelancongan dan impak ekopelancongan itu sendiri kepada sosioekonomi komuniti Orang Asli. Pembangunan ekopelancongan di Lembah Belum haruslah menggalakkan penyertaan secara langsung dalam kalangan komuniti Orang Asli selain adanya pembangunan pendidikan untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai bersama-sama memelihara dan mengekalkan ekosistem di persekitaran alam semulajadi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekopelancongan; Orang Asli; Kelestarian; Komuniti; Sosioekonomi |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 21975 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 24 Jul 2023 08:17 |
Last Modified: | 28 Jul 2023 01:52 |
Repository Staff Only: item control page