Imej isteri misali dalam hikayat Melayu-Islam: penerapan metode dakwah melalui teori pengkaedahan Melayu

Muhd Norizam Jamian, and Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin, and Aulia Sari Torodji, (2023) Imej isteri misali dalam hikayat Melayu-Islam: penerapan metode dakwah melalui teori pengkaedahan Melayu. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 237-250. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Teks-teks hikayat Melayu-Islam menjadi antara medium penting dalam menyampaikan ajaran Islam di alam Melayu terutama pada abad ke-15. Karya-karya bercorak naratif ini menjadi saluran dakwah ajaran Islam termasuklah dalam aspek akhlak dan kekeluargaan. Turut menjadi fokus hikayat Melayu Islam ialah pembentukan citra isteri misali, sesuai dengan kedudukan isteri sebagai komponen penting untuk melahirkan rumah tangga dan keluarga bahagia. Makalah ini membincangkan imej isteri misali yang dipancarkan dalam dua buah karya hikayat Melayu-Islam iaitu Hikayat Darmata’siah dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah. Analisis imej isteri misali dalam penulisan ini ditinjau dari sudut metode dakwah yang terkandung dalam Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Sehubungan dengan itu, perbincangan makalah ini akan menganalisis imej isteri misali sebagai sebuah metode dakwah menerusi teks-teks hikayat Melayu-Islam. Daripada aspek metodologi, kajian ini berorientasikan pendekatan kualitatif yang terbahagi kepada kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data kajian melibatkan dua teks hikayat berunsurIslam iaitu Hikayat Darmata’siah yang terkandung dalam Antologi Enam Hikayat selenggaraan Mohd. Yusof Md. Nor (1989) dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah selenggaraan Nik Afifah Nik Abdul Aziz (2017). Hasil kajian mendapati kedua-dua teks menampilkan nilai isteri misali yang digariskan dalam Islam. Antara ciri isteri misali yang signifikan ialah pegangan agama yang mantap, senantiasa mentaati suami, melayani suami seperti raja, dan setia. Tegasnya dari sudut dakwah, inti pati kedua-dua teks hikayat ini dalam menonjolkan imej isteri misali masih relevan dan boleh dijadikan panduan kepada golongan wanita moden hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Hikayat Melayu; Sastera Islam; Imej isteri misali; Teori pengkaedahan Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21977
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 08:23
Last Modified:28 Jul 2023 01:52

Repository Staff Only: item control page