Pengetahuan, sikap & amalan pengguna media sosial ke atas gangguan seksual siber di Lembah Klang

Muhammad Adnan Pitchan, and Norfara Faziera Moh Razali, and Jamaluddin Aziz, (2023) Pengetahuan, sikap & amalan pengguna media sosial ke atas gangguan seksual siber di Lembah Klang. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 261-276. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Gangguan seksual siber adalah satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana dengan bantuan teknologi zaman sekarang, semua individu yang berada dalam talian berpontensi untuk menjadi mangsa kepada gangguan seksual siber tanpa mengira demografi seseorang. Lazimnya gangguan seksual siber bermula apabila pelaku memancing mangsa berbual perkara berunsurkan lucah dan kotor. Jenayah ini boleh memberikan impak kepada mangsa dari segi kesihatan mental. Menerima gangguan seksual siber boleh menjejaskan emosi mangsa kerana rasa takut, risau dan trauma yang mungkin mendatangkan gangguan tekanan pasca trauma yang selalunya terjadi selepas individu mengalami peristiwa yang traumatik. Pengetahuan pengguna media sosial yang baik tentang kewujudan gangguan seksual siber ini mampu memberikan pendedahan tentang isu ini kepada masyarakat umum. Selain itu, sikap serta amalan yang baik perlu dipupuk dalam kalangan pengguna media sosial untuk menangani masalah gangguan ini. Justeru kajian ini berobjektifkan untuk membincangkan pengetahuan, sikap dan amalan pengguna media sosial terhadap isu gangguan seksual siber. Kajian ini berjaya menemu bual seramai 18 orang pengguna media sosial secara berkumpulan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa para informan mempunyai pengetahuan yang baik tentang jenayah ini, malah kaum lelaki juga sering menjadi mangsa gangguan seksual siber ini. Selain itu, dapatan juga menunjukkan masyarakat harus mengelak sikap perbuatan menghukum lebih awal terhadap seseorang terutamanya kepada mangsa gangguan seksual siber. Di samping itu, kajian juga mendapati masyarakat perlu berani ke hadapan untuk membuat laporan kepada agensi yang berkaitan agar pelaku mendapat pengajaran yang cukup dan masyarakat juga akan sedar tentang kewujudan jenayah siber ini.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah siber; Media sosial; Kandungan tidak senonoh; Mengancam; Lucah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21979
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 08:41
Last Modified:28 Jul 2023 02:05

Repository Staff Only: item control page