Kerelevanan wakaf dalam mengurus tanah terbiar di Malaysia

Mohamad ‘As’ Syaqim Mohamad Idris, and Azima Abdul Manaf, and Ahmad Dahlan Salleh, and Abdul Jalil Omar, and Zaimah Ramli, and Suraiya Ishak, (2023) Kerelevanan wakaf dalam mengurus tanah terbiar di Malaysia. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 293-306. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
381kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Sejak sekian lamanya tanah terbiar menjadi isu yang penting diperingkat nasional. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi membolehkan tanah-tanah ini diusahakan serta dimajukan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan alternatif yang sesuai dalam mengurus tanah terbiar. Ia dianalisis dengan menggunakan pendekatan wakaf yang sesuai dalam mempertimbangkan cara mengurus tanah terbiar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada dokumen rasmi dan serta kajian lepas. Dapatan kajian mendapati fokus diberikan terhadap faktor dan usahan kerajaan untuk menanganinya. Hal ini menjelaskan bahawa usaha untuk merungkai tanah terbiar bukanlah satu penekanan yang perlu diperhatikan tetapi fokus paling penting adalah bagaimana tanah-tanah terbiar ini boleh diuruskan dengan baik. Terdapat banyak kajian yang telah menyentuh faktor dan sebab berlakunya tanah pertanian terbiar. Namun, kajian yang menumpu kepada jalan penyelesaian dalam mengurus tanah pertanian terbiar masih kurang dijalankan. Oleh yang demikian, fokus terhadap kaedah wakaf dalam mengurus tanah terbiar telag diperincikan. Pendekatan wakaf dilihat rasional dalam mengurus tanah-tanah terbiar milik orang Melayu khususnya. Ini kerana wakaf bukan sahaja nerupakan satu bentuk amalan yang memberi fokus terhadap agama, namun ia juga memberi penekanan terhadap pembangunan ekonomi ummah. Hal ini jelas apabila wakaf mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu dalam membantu menyelesaikan isu yang berkaitan dengan pengurusan harta.

Item Type:Article
Keywords:Tanah terbiar; Wakaf; Pertanian; Mengurus; Pengurusan tanah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21984
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 14:41
Last Modified:28 Jul 2023 02:04

Repository Staff Only: item control page