Rangka kerja daya tahan pelancongan berasaskan komuniti semasa pandemik/endemik Covid-19

Velan Kunjuraman, (2023) Rangka kerja daya tahan pelancongan berasaskan komuniti semasa pandemik/endemik Covid-19. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 365-372. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan industri utama ekonomi global termasuk industri pelancongan. Kemerosotan ekonomi yang tidak dapat dibayangkan telah berlaku akibat kesan daripada wabak ini justeru banyak industri berasa optimistik untuk pulih secara perlahan. Suatu perkara yang mendapat perhatian adalah, wabak ini telah menarik minat sarjana pelancongan dunia untuk mengkaji kesan pandemik ini kepada industri pelancongan dan banyak kajian telah diterbitkan baru-baru ini. Namun begitu, kajian tentang bagaimana beberapa aktiviti pelancongan tertentu dapat bertahan dan berdaya tahan semasa COVID-19 masih belum dapat ditemui. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan konseptual untuk meneroka isu berterusan mengenai kesan COVID-19 terhadap pelancongan dengan menekankan konteks pelancongan berasaskan komuniti (CBT), iaitu topik yang kurang diberi perhatian dalam kajian literatur yang lepas. Secara khususnya, kajian ini membincangkan bagaimana daya tahan boleh menjadi strategi untuk mengatasi bencana alam yang tidak diingini dalam usaha CBT, sekali gus mencadangkan Rangka Kerja Ketahanan Pelancongan Berasaskan Komuniti (community-based tourism resilience framework, CTRF) untuk CBT. Kajian ini juga menawarkan strategi untuk meningkatkan sistem pengurusan dan memerlukan kajian empirikal dengan menggunakan CTRF yang dicadangkan.

Item Type:Article
Keywords:Covid-19; Pelancongan berasaskan komuniti; Ketahanan; Rangka kerja; Komuniti
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21990
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 15:45
Last Modified:28 Jul 2023 01:56

Repository Staff Only: item control page