Perbandingan ragam kunjungan segmen pelancong pelajar, belia dan keluarga ke bandar diraja Kuala Kangsar berdasarkan royalscape diraja

Zurina Ahmad Saidi, and Zurinah Tahir, and Jalaluddin Abdul Malek, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2023) Perbandingan ragam kunjungan segmen pelancong pelajar, belia dan keluarga ke bandar diraja Kuala Kangsar berdasarkan royalscape diraja. AKADEMIKA, 93 (1). pp. 389-401. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Abstract

Bandar Diraja kaya dengan sejarah warisan tersendiri. Destinasi bandar Diraja yang menerapkan nilai estetika dan sejarah lama telah menawarkan produk pelancongan kepada penggemar nilai bandar Diraja atau dikenali sebagai heritage tourist. Pelancongan di bandar Diraja di Malaysia dilihat kurang dipromosikan di media sosial, dan media elektronik. Malah, bandar-bandar Diraja juga kurang ditonjolkan daripada aspek takrifan dan nilai warisan yang terdapat di bandar tersebut. Konsep bandar Diraja yang unik, diwarisi dan mengetengahkan elemen Diraja kurang didokumentasikan dan tidak direkodkan menyebabkan peranan bandar Diraja sebagai salah satu tarikan pelancongan di Malaysia turut ketinggalan. Oleh itu, perbezaan dari segi ragam pelancong juga tidak dapat dikenal pasti dan ditonjolkan sepanjang pelancong berkunjung ke destinasi warisan terpilih. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan royalscape berdasarkan segmen pelancong pelajar, belia dan keluarga dari segi ragam kunjungan ke Kuala Kangsar. Teknik pensampelan rawak digunakan dengan edaran borang soal selidik kepada 500 responden yang terdiri daripada pelancong pelajar, belia dan keluarga menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi Anova Satu Hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbandingan dalam kunjungan segmen pelancong yang berkunjung ke bandar Diraja Kuala Kangsar. Ketujuh tujuh royalscape dalam kajian ini dikunjungi oleh semua segmen pelancong, Seterusnya terdapat perbezaan dalam ragam kunjungan oleh ketiga-tiga segmen pelancong. Kesimpulan, makalah ini menunjukkan perbandingan ragam kunjungan oleh pelancong berdasarkan segmen. Kajian ini mempunyai had terhad kepada melihat perbandingan berdasarkan segmen pelancong domestik sahaja serta tidak menekankan ragam kunjungan pelancong antarabangsa. Walau bagaimanapun, penemuan kajian ini memberi ruang kepada kajian lanjutan dengan melihat ragam pelancong antarabangsa terhadap kunjungan ke bandar Diraja.

Item Type:Article
Keywords:Ragam kunjungan; Pelancongan bandar Diraja; Pelancong domestik; Pelajar; Belia; Keluarga; Bandar Diraja Kuala Kangsar; Perbandingan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:21992
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:24 Jul 2023 15:56
Last Modified:28 Jul 2023 07:38

Repository Staff Only: item control page