Ketidaksamaan di Malaysia: adakah dasar ekonomi berasaskan-etnik relevan?

Roza Hazli Zakaria, and NurulHuda Mohd Satar, and Nur Annizah Ishak, (2023) Ketidaksamaan di Malaysia: adakah dasar ekonomi berasaskan-etnik relevan? Jurnal Ekonomi Malaysia, 57 (1). pp. 1-25. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
456kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/view-articles/

Abstract

Kajian ini cuba menjawab persoalan adakah polisi berasaskan etnik yang diperkenalkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berkesan dalam mencapai objektif dan adakah ianya masih relevan. Kajian ini mengadaptasi metodologi Hirschman (1983) menggunakan data banci tahun 2010. Dapatan kajian mencadangkan bahawa DEB telah berjaya menghapuskan kesan etnik sebagai faktor yang membezakan peluang menyertai sektor pekerjaan kolar putih. DEB juga telah mengurangkan peranan etnik dalam menentukan peluang penyertaan sektor perkilangan dan perniagaan. Namun begitu, etnik masih merupakan faktor yang membezakan peluang untuk menjadi majikan dan bekerja di sektor swasta. Selain itu, perkembangan ekonomi mewujudkan peluang yang lebih besar kepada etnik Cina untuk menyertai sektor perniagaan dan menjadi majikan tetapi peluang untuk etnik Melayu berkurangan. Keputusan ini mencadangkan etnik Cina masih mempunyai kelebihan dalam mendapatkan faedah daripada perkembangan ekonomi. Walaupun keseluruhannya, dasar ekonomi berasaskan etnik telah mengurangkan peranan etnik dalam peluang menyertai sektor ekonomi terpilih tetapi perbezaan dalam peluang untuk menyertai sektor perniagaan kekal wujud. Ini mencadangkan polisi ekonomi berasaskan etnik masih relevan dalam masyarakat Malaysia kontemporari. Intervensi polisi masih diperlukan untuk meningkatkan peluang etnik Melayu menceburi bidang perniagaan dan memastikan perkembangan ekonomi mampu menjana peluang ini.

Item Type:Article
Keywords:Dasar ekonomi baru; Ketidaksamaan; Malaysia
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:22003
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:02 Aug 2023 09:24
Last Modified:07 Aug 2023 03:17

Repository Staff Only: item control page