Roslina Ali, and Aimi Athirah Ahmad, and Mohd Hafizudin Zakaria, and Suhana Safari, (2023) Liberalisasi kawalan kuota import komoditi agromakanan: impak ke atas harga pasaran komoditi tempatan dan eksport. Jurnal Ekonomi Malaysia, 57 (1). pp. 1-18. ISSN 0127-1962
|
PDF
700kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jem/view-articles/
Abstract
Objektif kajian adalah untuk menilai impak pelaksanaan liberalisasi kawalan kuota import komoditi agromakanan ke atas indikator ekonomi terutama penawaran, harga pasaran dan pengeksportan. Metodologi kajian ini melibatkan pengumpulan data siri masa secara bulanan sebelum dan selepas pelaksanaan liberalisasi. Ia menggunakan data Malaysia dari Januari 2013 hingga Disember 2018 di mana liberalisasi kuota adalah dari Januari 2016 ke Disember 2018. Ia menggunakan analisis stochatic menggunakan non-parametric monotonic trend analysis dan multi-variate regression. Dapatan kajian menunjukkan liberalisasi kawalan kuota import meningkatkan pertumbuhan industri eksport produk bernilai tambah (biji kopi mentah) dengan signifikan. Kajian ini juga mendapati liberalisasi kuota import tidak memberi kesan negatif ke atas industri tempatan di mana harga pasaran pengeluar dan pengguna (kubis bulat dan kelapa tempatan) tidak menunjukkan kesan penurunan harga. Dapatan kajian dijangka dapat menyediakan maklumat bagi hala tuju liberalisasi kawalan kuota import agromakanan negara bagi memperluaskan akses pasaran di peringkat global, mengembangkan industri eksport pertanian dan seterusnya menjana ekonomi negara secara lebih signifikan. Kata kunci: Halangan perdagangan bukan tarif; kuota import; liberalisasi; pertanian; Malaysia ABSTRACT The objective of this study is to evaluate the impact of the liberalization of import quota on economic indicators, especially total supply, market prices and exporting growth. The methodology of this study involves the data collection of time series on a monthly basis, pre-and post-implementation of liberalization. It uses Malaysian data from January 2013 to December 2018 where the quota liberalization are from January 2016 to December 2018. It employs stochastic analysis using non-parametric monotonic trend analysis and multi-variate regression. The findings showed that the liberalization of the import quota has significantly increased the export growth of the value-added product (raw coffee beans). The study further found that the liberalization of the import quota does not adversely impact the local industry where the producer and consumer prices (round cabbage and local coconuts) do not indicate any decrease in market prices. This study provides useful information for the direction and future liberalization policy in expanding market access, globally, while developing the export industry, and further generating the national economy significantly in the agricultural sector.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Halangan perdagangan bukan tarif; Kuota import; Liberalisasi; pertanian; Malaysia |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 22008 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 02 Aug 2023 13:27 |
Last Modified: | 07 Aug 2023 03:29 |
Repository Staff Only: item control page