Penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian

Chew, Fong Peng and Billy Anak Meredan, (2023) Penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian. Jurnal Pendidikan Malaysia, 13 (1). pp. 1-11. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
609kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm

Abstract

Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan secara dalam talian. Merujuk kepada situasi yang berlaku, kajian ini dilaksanakan untuk melihat penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap PdP Bahasa Melayu dalam talian. Bagi mencapai matlamat kajian ini, kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dilaksanakan untuk mengumpul data. Soal selidik dilaksanakan secara dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan, minat dan amalan pelajar terhadap PdP dalam talian adalah tinggi. Selain itu, kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan antara penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap PdP Bahasa Melayu secara dalam talian. Di samping itu, kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan penerimaan dan amalan pelajar terhadap PdP Bahasa Melayu secara dalam talian berdasarkan lokasi tempat tinggal, tetapi terdapat perbezaan minat pelajar terhadap PdP Bahasa Melayu secara dalam talian berdasarkan tempat tinggal. Oleh itu, guru-guru perlu mengambil kira faktor tempat tinggal para pelajar tingkatan 6 dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Amalan; Minat; Pelajar tingkatan 6; Penerimaan; Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:22015
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Aug 2023 03:19
Last Modified:07 Aug 2023 06:42

Repository Staff Only: item control page