Tahap kemahiran pedagogi, motivasi dan sikap guru-guru bukan opsyen bahasa melayu di sekolah rendah

Nur E’zzati Rusli, and Zamri Mahamod, (2023) Tahap kemahiran pedagogi, motivasi dan sikap guru-guru bukan opsyen bahasa melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 13 (1). pp. 12-24. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
410kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran guru bukan opsyen Bahasa Melayu sekolah rendah. Jumlah sampel kajian ini adalah seramai 80 orang responden yang melibatkan guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah di daerah Hulu Langat. Dapatan kajian ini diperoleh menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 26.0. Analisis deskriptif menerangkan keputusan demografi dan pemboleh ubah pemahaman, motivasi dan sikap berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi yang digunakan ialah analisis regresi linear berganda, ANOVA sehala dan korelasi Pearson untuk mengkaji hubung kait antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pedagogi dan motivasi guru bukan opsyen Bahasa Melayu sekolah rendah berada pada tahap sederhana. Tahap sikap guru bukan opsyen Bahasa Melayu berada pada tahap rendah. Implikasi kajian ialah masih terdapat ramai guru bukan opsyen yang mengajar Bahasa Melayu dan ini memberi kesan negatif kepada PdP Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Kurang kemahiran pedagogi, kurang motivasi dan bersikap negatif boleh menjejaskan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, mata pelajaran Bahasa Melayu sepatutnya diajar oleh guru opsyen Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Tahap kemahiran pedagogi; Tahap motivasi; Tahap sikap; Guru bukan opsyen; Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:22016
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Aug 2023 03:27
Last Modified:07 Aug 2023 06:43

Repository Staff Only: item control page