Kelunturan minat membaca bahan bacaan berbentuk fizikal dalam kalangan murid tahap 2 sekolah kebangsaan luar bandar

Habibah Mohammad, and Nor Azwahanum Nor Shaid, (2023) Kelunturan minat membaca bahan bacaan berbentuk fizikal dalam kalangan murid tahap 2 sekolah kebangsaan luar bandar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 13 (1). pp. 50-63. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti faktor-faktor kelunturan minat membaca bahan bacaan berbentuk fizikal dalam kalangan murid Tahap 2 sekolah kebangsaan luar bandar selepas pasca pandemik COVID-19. Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan negara, termasuk minat murid membaca bahan bacaan. Tiga objektif kajian yang hendak dicapai, iaitu (i) mengenal pasti faktor penyebab kelunturan minat membaca bahan berbentuk fizikal, (ii) mengenal pasti kesan yang timbul apabila berlaku kelunturan minat membaca bahan berbentuk fizikal ini dan (iii) mengenal pasti usaha-usaha yang dilakukan oleh guru bagi menangani masalah kelunturan minat membaca bahan berbentuk fizikal. Kaedah temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data. Seramai enam orang guru Bahasa Melayu Tahap 2 dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah kebangsaan luar bandar di Zon Gemencheh, iaitu Sekolah Kebangsaan A dan Sekolah Kebangsaan B. Data dianalisis secara naratif berdasarkan soalan temu bual yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PdP dalam talian telah melunturkan minat murid untuk membaca bahan bacaan fizikal. Murid-murid tidak lagi berminat membaca bahan bacaan berbentuk fizikal. Sebaliknya, bahan bacaan digital telah mengambil tempat dan minat murid untuk membaca. Implikasi kajian ialah kelunturan minat murid membaca bahan fizikal membimbangkan para guru dan pelbagai usaha giat dijalankan bagi mengatasi masalah ini

Item Type:Article
Keywords:Minat membaca; Bahan fizikal; Sekolah kebangsaan; Sekolah luar bandar; Pandemik COVID-19
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:22019
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Aug 2023 05:33
Last Modified:07 Aug 2023 06:46

Repository Staff Only: item control page