Minat, sikap dan motivasi murid sekolah swasta terhadap pendekatan pembelajaran terbeza subjek bahasa melayu

Masitah Saadon, (2023) Minat, sikap dan motivasi murid sekolah swasta terhadap pendekatan pembelajaran terbeza subjek bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 13 (1). pp. 64-72. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
368kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pendekatan pembelajaran terbeza merupakan alternatif yang berkesan kepada kepelbagaian murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap minat, sikap dan motivasi murid sekolah menengah swasta terhadap pendekatan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 240 orang murid telah dipilih daripada enam buah sekolah swasta di daerah Hulu Langat melalui persampelan rawak bertujuan. Instrumen kajian ini terdiri daripada borang soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian lepas dan diedarkan secara dalam talian melalui Google Form. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 27.0 untuk pemerihalan data deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap bagi semua konstruk adalah pada tahap sederhana, iaitu tahap minat (min=2.69), tahap sikap (min=2.69) dan tahap motivasi (min=2.70). Implikasi kajian ini ialah pelaksanaan pendekatan pembelajaran terbeza di sekolah swasta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu perlu dipertingkatkan lagi. Kesimpulannya, semua guru Bahasa Melayu harus mengetengahkan pendekatan pembelajaran terbeza di sekolah demi kecemerlangan setiap murid yang pelbagai.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan terbeza; Sekolah swasta; Minat; Sikap; Motivasi;Subjek Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:22020
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Aug 2023 05:39
Last Modified:07 Aug 2023 06:47

Repository Staff Only: item control page