Kekangan dan strategi guru bahasa melayu sekolah rendah dalam meningkatkan motivasi murid selepas pasca pandemic COVID-19

Amirah Azhar, and Zamri Mahamod, and Anur Syuhada Mat Husin, and Noorfaraasikin Abdullah, (2023) Kekangan dan strategi guru bahasa melayu sekolah rendah dalam meningkatkan motivasi murid selepas pasca pandemic COVID-19. Jurnal Pendidikan Malaysia, 13 (1). pp. 73-88. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
400kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Negara kita telah melangkah ke fasa endemik dan sesi persekolah telah kembali dibuka semula selepas hampir dua tahun pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam proses PdP yang boleh mempengaruhi motivasi murid pasca pandemik COVID-19. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti strategi guru dalam meningkatkan motivasi murid. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan instrumen temu bual dijalankan terhadas empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu yang mempengaruhi motivasi murid ialah murid lambat menguasai sesuatu kemahiran, murid kurang berinteraksi, murid kurang fokus, murid tidak berminat untuk belajar dan faktor persekitaran bilik darjah. Guru turut menjelaskan strategi yang digunakan dalam meningkatkan motivasi murid pasca pandemik adalah dengan menggunakan strategi berpusatkan murid, bahan dan guru. Oleh hal yang demikian, kepelbagaian strategi amat diperlukan bagi meningkatkan motivasi murid sekolah rendah dalam PdP Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Kekangan guru; Strategi pengajaran; Motivasi; Bahasa Melayu; Pasca pandemik COVID-19
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:22021
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Aug 2023 06:32
Last Modified:07 Aug 2023 06:48

Repository Staff Only: item control page