Fakhrur Razi Maamor, and Sabzali Musa Kahn, and Mohd Rosli Saludin, (2023) Buah Buton pada rumah Dato’ Muar Bongkok: konteks alam sebagai interpretasi perwatakan pemimpin adat perpatih. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). 3 -15. ISSN 2289-1706
|
PDF
1MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Abstract
Terdapat pelbagai cara dalam mengetengahkan sifat dan perwatakan seseorang dalam dunia ini, termasuk juga buah buton yang menjadi perlambangan identiti. Tujuan artikel ini adalah untuk menghuraikan hubung kait konteks alam dengan perwatakan dan nilai yang terdapat pada rumah Dato’ Muar Bongkok di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Kajian turut melibatkan dua kaedah dalam memperoleh data iaitu kajian lapangan dengan mengkaji rumah tradisional tersebut yang terlibat. Manakala, temu bual pula adalah melibatkan waris, penduduk tempatan dan penyelidik Adat Perpatih yang mengkaji tentang undang-undang tradisi ini. Berdasarkan kajian lapangan yang dibuat, menunjukkan bahawa buah buton tergantung di bahagian yang simbolik dengan pemimpin adat tersebut. Perlambangan tersebut dipadankan dengan karakter dan perwatakan pemimpin tersebut yang merujuk kepada alam sebagai konteks dalam penghasilan karya tradisi tersebut. Oleh itu, artikel ini mencadangkan agar buah buton dapat dijadikan simbolik dalam komunikasi visual yang menghubungkan persefahaman dalam perwatakan yang positif. Sebagai contoh diaplikasikan pada ruang-ruang atau bangunan yang menjadi tempat pertemuan pemimpin yang menjadi tempat menyuarakan pandangan dan hak rakyat dalam negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ukiran, Seni; Komunikasi; Karakter; Nilai |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 22032 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Aug 2023 08:24 |
Last Modified: | 08 Aug 2023 03:48 |
Repository Staff Only: item control page