Homonim Bahasa Bajau dalam Kamus Dewan: satu tinjauan awal

Saidatul Nornis Hj. Mahali, (2023) Homonim Bahasa Bajau dalam Kamus Dewan: satu tinjauan awal. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). pp. 16-28. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
392kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Kamus merupakan sebuah buku yang memuatkan himpunan kata, disusun mengikut abjad yang mengandungi keterangan tentang cara sebutan, makna, terjemahan, tafsiran cara penggunaannya, menerangkan asal kata serta contoh penggunaannya dalam masyarakat. Kamus berfungsi untuk memelihara kemurnian bahasa (Johnson 1755 & Webster 1882). Di Malaysia, Kamus Dewan (KD) merupakan bahan yang telah diiktiraf dan berwibawa sebagai rujukan. Kamus ini (2015) mempunyai 5,843 entri baru dengan kata-kata yang berkait dengan suku kaum dan etnik seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan Kintak. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia melalui Kamus Dewan (cetakan ke-3; edisi ke-3, 1997) juga telah memulai langkah pemugaran dengan memasukkan entri kata-kata etnik dari Sabah dan Sarawak. Antara contoh kata sukuan yang dijadikan masukan kamus (1997) adalah merarau, randau, lapak, pugai, pugas & mera. Kekurangan masukan dan kajian berkait entri dari Sabah dan Sarawak dalam KD menyebabkan jumlah kata yang berhomonim dengan kata dalam bahasa Melayu kurang diketahui. Kata berhomonim mampu mencetuskan salah tafsir antara satu bahasa dengan bahasa lain. Justeru, tulisan ini berusaha menampilkan kata Bajau yang berhomonim dengan entri Melayu. Data bersumberkan KD (2015) sebagai data utama dan dibandingkan dengan Kamus Asas Bajau Sama (2016). Dengan kaedah kualitatif, 50 perkataan yang berhomonim dianalisis untuk mengenal pasti kelas kata dan fungsinya. Terdapat dua fungsi utama, yakni (i) kategori kelas kata sama dan (ii) kategori kelas kata berbeza. Di bawah kategori kelas kata sama terdapat tiga kelas kata, iaitu (a) kata nama-kata nama; (b) kata kerja-kata kerja; dan (c) kata adjektif-kata adjektif bagi bahasa Bajau-bahasa Melayu; manakala tiga fungsi kelas kata yang berbeza pula adalah (a) kata nama-kata kerja; (b) kata kerja-kata adjektif dan (c) kata adjektif-kata nama dan setiap satu kategori kata berkenaan mendukung makna berbeza. Kajian seumpama ini perlu ditambah dan diperdalamkan dengan meneliti aspek lain bidang leksikografi agar fungsi dan semantik setiap entri difahami dengan baik dan jelas.

Item Type:Article
Keywords:Bajau; Homonym; Kamus Dewan; Leksikografi; Makna
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22033
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Aug 2023 08:24
Last Modified:08 Aug 2023 04:18

Repository Staff Only: item control page