Nur Hafizah Md. Hamzah, and Adnan Jusoh, (2023) Implikasi konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan kesannya terhadap perkembangan sejarah Lukut, 1824-1880. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). pp. 29-46. ISSN 2289-1706
|
PDF
708kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Abstract
Makalah ini memfokuskan tentang implikasi konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan kesannya terhadap perkembangan sejarah Lukut dari tahun 1824 sehingga 1880. Lukut juga menjadi perebutan dalam kalangan pembesar Melayu kerana ia merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah. Konflik yang tercetus disebabkan oleh beberapa isu, antaranya tuntutan pemisahan Lukut dari wilayah Kesultanan Selangor, isu persempadanan Lukut-Sungai Ujong, perebutan kawasan dan juga bebanan hutang. Keadaan ini menyebabkan situasi Lukut menjadi tidak stabil sehingga membawa kepada kemerosotan ekonomi. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan faktor yang mendorong sehingga tercetusnya konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan implikasinya terhadap perkembangan sejarah Lukut. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menghasilkan artikel ini dengan menganalisis sumber primer seperti fail-fail kerajaan, surat khabar, peta, dokumen dan lain-lain di Arkib Negara Malaysia dan beberapa buah perpustakaan seperti Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) dan Perpustakaan Tuanku Bainun (UPSI). Manakala sumber sekunder pula adalah dengan merujuk buku, artikel dan kertas kerja seminar. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang telah mencetuskan konflik dalam kalangan pembesar Melayu di Lukut. Keadaan ini mengakibatkan Lukut menjadi tidak stabil sehingga tercetusnya perang saudara antara Raja Bot dan Raja Sulaiman. Selain itu, berlaku pemisahan Lukut dari wilayah Kesultanan Selangor sehingga mengakibatkan peranan Raja Bot sebagai pembesar Melayu di daerah Lukut juga telah berakhir. Kesimpulan, konflik dalam kalangan pembesar Melayu telah meninggalkan kesan yang besar dalam perkembangan sejarah di Lukut. Malahan, keadaan yang tidak stabil ini juga telah menjadi batu loncatan kepada penjajah British untuk campur tangan dan menguasai Lukut
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesultanan Selangor; Lukut; Bijih timah; Konflik; Pembesar Melayu |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 22034 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Aug 2023 08:25 |
Last Modified: | 08 Aug 2023 04:22 |
Repository Staff Only: item control page