Laras Bahasa dalam Wacana Infografik Penularan Virus Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi instagram Berita Harian

Nur Amirah Che Soh, and Norsafizar Mohd Noor, and Nur Yasmin Izzati Syamsuddin, and Joel, Lim Yi Xuan and Chai, Chew Wei and Zhang, Keze (2023) Laras Bahasa dalam Wacana Infografik Penularan Virus Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi instagram Berita Harian. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). pp. 47-57. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Laras bahasa merupakan satu bidang linguistik yang mengkaji hubung kait antara bahasa dan masyarakat. Masyarakat bahasa tidak dapat dipisahkan dengan bahasa yang dijadikan medium dalam seharian. Penularan virus Covid-19 juga merupakan satu situasi yang amat berkait rapat dengan masyarakat sekeliling. Bahkan virus ini telah menjadi isu dunia kerana telah meragut banyak nyawa. Makalah ini akan membincangkan penggunaan laras bahasa dalam infografik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mencegah penularan virus ini. Medium bahasa sebagai wadah penyampaian amat penting dalam memupuk kesedaran dan pemahaman bersama. Oleh itu, kajian linguistik berkenaan infografik ini sangat berguna bagi mewujudkan kefahaman dalam kalangan masyarakat bahasa akan bahaya virus Covid-19. Bagi menjelaskan laras bahasa yang dipaparkan menerusi Instagram Berita Harian, kajian ini akan memanfaatkan pendekatan Halliday (1978). Halliday telah menyenaraikan tiga konsep, iaitu field, mode dan tenor bagi tujuan menjelaskan keperluan sesebuah teks yang akhirnya mencerminkan laras yang digunakan. Justeru itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan konsep laras bahasa dengan pengaplikasian pendekatan oleh Halliday (1978) dan pada masa yang sama turut menyentuh aspek wacana yang berkaitan dengan infografik menerusi Instagram Berita Harian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa field, mode dan tenor terkandung dalam wacana infografik Covid-19 yang dipaparkan menerusi Instagram Berita Harian. Ketiga-tiga komponen ini amat penting dalam penyampaian sesebuah wacana yang bersifat informasi kepada pengguna laman Instagram. Kajian ini memberi nilai tambah pada kajian laras bahasa dan juga kajian berkenaan wacana infografik Covid-19 menerusi Instagram.

Item Type:Article
Keywords:Laras Bahasa; Covid-19; Berita Harian; Wacana; Instagram
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22035
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Aug 2023 08:25
Last Modified:08 Aug 2023 04:24

Repository Staff Only: item control page