Peranan kaum muda dan Majalah Pengasuh dalam memartabatkan institusi pendidikan di Kelantan 1918-1941

Mohamad Firdaus Mohammad, and Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, and Ruhaizan Sulaiman, (2023) Peranan kaum muda dan Majalah Pengasuh dalam memartabatkan institusi pendidikan di Kelantan 1918-1941. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). pp. 58-65. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
239kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai peranan Kaum Muda dan majalah Pengasuh dalam memartabatkan institusi pendidikan di Kelantan 1918-1941. Fokus utama adalah terhadap peranan Kaum Muda dan majalah Pengasuh kepada masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Kebijaksanaan dan intelektual yang dipamerkan oleh Kaum Muda juga menjadi asbab kepada pembangunan pendidikan di negeri Kelantan pada awal abad ke-20. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi pengumpulan dan analisis data daripada sumber primer yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) seperti majalah Pengasuh. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan kajian yang dilakukan. Pengkaji menggunakan kaedah pendekatan sejarah dengan menggunakan kaedah tema supaya kajian lebih tersusun dan berbentuk analitikal. Hasil kajian mendapati bahawa Kaum Muda dan majalah Pengasuh berjaya mengasimilasikan kelebihannya sebagai medium utama dalam menyampaikan propaganda mengenai pendidikan kepada masyarakat Melayu Kelantan dengan mengutamakan kepentingan terhadap menuntut ilmu agama dan pendidikan serta emansipasi wanita. Dalam masa yang sama, Kaum Muda juga berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu di Kelantan melalui majalah Pengasuh sebagai salah satu medium utama dalam memartabatkan institusi pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Kaum Muda; Majalah Pengasuh; Institusi Pendidikan; Kelantan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22036
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Aug 2023 08:25
Last Modified:08 Aug 2023 04:24

Repository Staff Only: item control page