Puisi-puisi Zaharah Nawawi dalam ‘Warna dan Wajah’ sebagai alat untuk model pengajaran komunikatif di dalam kelas

Mohd Faizal Musa, (2023) Puisi-puisi Zaharah Nawawi dalam ‘Warna dan Wajah’ sebagai alat untuk model pengajaran komunikatif di dalam kelas. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). pp. 66-78. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
312kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Pendekatan Pengajaran Bahasa Komunikasi (CLT) yang telah digagaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 menekankan komunikasi dan kebolehan menangkap serta memahami makna dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa. Pendekatan ini kemudian menjadi masyhur dan digunakan dalam pengajaran bahasa Inggeris secara meluas. Salah satu cara untuk menajamkan kemahiran komunikasi dalam pembelajaran bahasa ini adalah dengan mengajarkan puisi dalam bahasa tersebut. Pendekatan ini dapat dimanfaatkan dalam PdP bahasa Melayu. Dalam hal ini, puisi Zaharah Nawawi yang termuat dalam Kumpulan Puisi ‘Warna dan Wajah’ dicadangkan sebagai alat CLT. Hal ini kerana puisi-puisi Zaharah Nawawi tidak begitu sukar, langsung, serta menekankan tanda ikonik dan tidak terlalu bermain dengan lambang. Antara cara memanfaatkan puisi Zaharah adalah dengan mendeklamasikannya untuk mencapai tujuan perlokutionari, atau membincangkan kandungannya; selain menulis puisi lain yang terinspirasi daripada puisi-puisi sedia ada. Hal ini juga kerana penerbit Kumpulan Puisi nukilan Zaharah Nawawi ini sendiri menyedari kekuatan karyanya sebagai ‘puisi-puisi bertingkat kekomunikatifan tinggi’.

Item Type:Article
Keywords:Zaharah Nawawi; CLT; Puisi dalam kelas; Puisi komunikasi; Tanda ikon; Tanda simbol; Estetika; Perlokutionari
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22037
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Aug 2023 08:25
Last Modified:08 Aug 2023 04:27

Repository Staff Only: item control page