Seni pembuatan kereta lembu Melaka: warisan kearifan tempatan

Norazlina Othman, and Zanisah Man, (2023) Seni pembuatan kereta lembu Melaka: warisan kearifan tempatan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). pp. 79-93. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan dunia semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membawa kepada pengenalan kereta lembu di negeri ini. Kenderaan ini pada awalnya digunakan dalam aktiviti pertanian tradisional dan urusan mengangkut hasil tanaman untuk diperdagangkan. Kini, keunikan dan nilai warisan yang terdapat pada kereta lembu ini menjadikannya lambang warisan budaya negeri Melaka disebabkan struktur dan ciri-ciri binaannya yang sarat dengan falsafah dan nilai tradisi masyarakat Melayu. Makalah ini mengenal pasti seni pembuatan kereta lembu sedia ada di Melaka dan menilai keunikannya untuk diketengahkan sebagai warisan kearifan tempatan. Makalah ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bersama responden kajian yang terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan kemahiran dalam membuat kereta lembu serta penelitian terhadap beberapa dokumen yang terpilih bagi melihat perbandingan. Lokasi kajian adalah di Kampung Balik Bukit dan Kampung Tambak Bugis di daerah Melaka Tengah yang menempatkan generasi pewaris seni pembuatan kereta lembu. Kajian mendapati bahawa kereta lembu pada masa sekarang mempunyai struktur binaan yang cantik dan menarik berbanding pada zaman dahulu kerana telah melalui pelbagai inovasi penciptaan. Pembaharuan yang dibuat antaranya penggunaan besi bagi struktur kerangka kajang berbanding dahulu menggunakan buluh. Pengubahsuaian struktur dalaman peti atau badan kereta lembu dengan menambah keluasan dan meletakkan ruangan tempat duduk penumpang di kiri dan kanan peti kerana bersesuaian dengan fungsi kereta lembu kini membawa penumpang berbanding dahulu hanya membawa muatan barangan. Antara kriteria penting dalam menghasilkan kereta lembu yang unik ialah gabungan falsafah, kemahiran dan kepakaran pengusaha tempatan yang menterjemahkan warisan budaya tersebut dalam seni pembuatan struktur rangka badan dan bahan binaan kenderaan ini. Keupayaan memilih dan melatih baka lembu terbaik daripada jenis baka lembu kampung, lembu baka Kedah-Kelantan atau baka kacukan Siam amat penting bagi menjamin ketahanan membawa dan menarik barang muatan. Kepandaian masyarakat tempatan dalam menghasilkan kereta lembu yang unik dan menarik inilah merupakan satu bentuk nilai intelektual yang tinggi yang harus dilestarikan sebagai warisan kearifan tempatan.

Item Type:Article
Keywords:Kereta lembu; Keunikan; Pembuatan; Warisan; Kearifan tempatan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22038
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Aug 2023 08:25
Last Modified:08 Aug 2023 04:30

Repository Staff Only: item control page