Strategi diplomasi secara lembut dalam penyebaran Bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu

Hafidz Fadli, (2023) Strategi diplomasi secara lembut dalam penyebaran Bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (2). pp. 110-121. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
305kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Penelitian ini membahas strategi diplomasi masyarakat Nusantara dalam menyebarkan bahasa Melayu di Nusantara. Penulis meyakini adanya strategi khas dalam penyebaran penggunaan bahasa Melayu dan pengislaman. Tujuan daripada penelitian ini menghujahkan bahawa beberapa strategi yang dilakukan ialah termasuk dalam strategi diplomasi secara lembut untuk menyebarkan bahasa Melayu, yang juga dikaitkan dengan penyebarkan Islam. Dalam penelitian ini, penulis menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan tinjauan literatur. Bangkitnya era kesultanan-kesultanan Islam, salah satunya Kesultanan Aceh tahun 1496–1903 M, menjadi penyokong besar dalam penyebaran bahasa Melayu di Nusantara. Syed M. Naquib Al Attas dalam pidato pengukuhan professor pada 1972 menyampaikan bahawa bahasa Melayu menjadi lingua franca kerana adanya pengislaman yang terjadi di Nusantara. Masuknya Islam dengan Al Quran dan Hadis yang berbahasa Arab telah mengenalkan aksara Arab kepada masyarakat Nusantara. Namun, para cendikiawan justeru tetap menggunakan bahasa Melayu dalam menyebarkan Islam. Mereka merumuskan dan mengenalkan aksara Jawi pada masyarakat. Penggunaan aksara jawi memberi dua manfaat: mengajarkan masyarakat untuk dapat membaca huruf Arab dan mempertahankan serta terus mengenalkan bahasa Melayu. Di sisi lain, karya-karya ulama Islam masa Kesultanan Aceh seperti Hamzah Fansuri yang ditulis dalam bahasa Melayu, juga merupakan agen penyebaran ajaran Islam dan juga bahasa Melayu. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam bidang kerjaya pentadbiran. Hujah-hujah ini menjadi bukti penting bahawa mereka merupakan bahagian daripada diplomasi lembut penyebaran bahasa Melayu di Nusantara. Penelitian ini memberi manfaat bagi para pengkaji bahasa Melayu daripada segi kronologi sejarahnya serta bagaimana bahasa Melayu tersebar luas di Nusantara setali dengan penyebaran Islam.

Item Type:Article
Keywords:Strategi; Soft power; Penyebaran; Bahasa Melayu; Pengislaman
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22040
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Aug 2023 08:25
Last Modified:08 Aug 2023 04:38

Repository Staff Only: item control page