Nor Fadzilah Salamon, and Lai, Wei Sieng and Mustazar Mansur, (2023) Persepsi impak dasar fiskal terhadap isi rumah B40 di Lembah Klang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). pp. 166-180. ISSN 2180-2491
|
PDF
677kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan kejutan ekonomi yang menyebabkan sosioekonomi isi rumah golongan B40 terkesan. Ramai dalam kalangan mereka kehilangan pekerjaan seterusnya hilang sumber pendapatan. Oleh itu, pelbagai usaha dan bantuan dari kerajaan telah dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Maka, kajian bermatlamat untuk menganalisis impak dasar fiskal terhadap sosioekonomi isi rumah B40 kesan daripada pandemik COVID-19 di kawasan Lembah Klang. Kajian menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik dalam talian kepada golongan B40 di Lembah Klang. Seramai 521 responden telah melengkapkan soal selidik ini. Data kajian dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan pendekatan analisis kekerapan dan secara empirikal dengan menggunakan pendekatan regresi ordinal. Hasil kajian mendapati secara amnya responden bersetuju bahawa dasar fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan membantu mengurangkan bebanan kewangan kesan pandemik COVID-19 selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 1.0. Selain itu, kajian berterusan dicadangkan bagi mengetahui kesan dasar fiskal terhadap isi rumah B40 agar keputusan yang diperolehi boleh dijadikan sebagai rujukan yang berterusan kepada pihak kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dalam pelbagai situasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | COVID-19; Dasar fiskal; Golongan B40; Lembah Klang; Pandemik; PKP |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 22042 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 08 Aug 2023 07:53 |
Last Modified: | 11 Aug 2023 02:42 |
Repository Staff Only: item control page