Memahami gaya pemikiran dan hubungannya dengan pendekatan pembelajaran pelajar kolej matrikulasi dalam subjek perakaunan

Noor Lela Ahmad, and Suzana Md Hezir, (2023) Memahami gaya pemikiran dan hubungannya dengan pendekatan pembelajaran pelajar kolej matrikulasi dalam subjek perakaunan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). pp. 119-137. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
469kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Kertas ini bertujuan meneroka hubungan antara gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran pelajar kolej matrikulasi dalam subjek perakaunan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 250 orang pelajar kolej matrikulasi dari jurusan perakaunan terlibat sebagai responden. Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A bagi maklumat demografi, bahagian B untuk konstruk gaya pemikiran yang terdiri daripada lima jenis gaya iaitu legislative, executive, judicial, internal dan external dan Bahagian C untuk dua konstruk pendekatan pembelajaran iaitu pendekatan mendalam dan pendekatan permukaan. Soal selidik diadaptasi dan diubahsuai dari Thinking Style Inventory (TSI) dan Study Process Questionnaire (R-SPQ-2F) dan disesuaikan dengan keperluan dan objektif kajian. Hasil kajian mendapati pelajar perakaunan kolej matrikulasi lebih cenderung menggunakan gaya pemikiran executive diikuti dengan gaya pemikiran external. Gaya pemikiran internal adalah paling kurang digunakan. Manakala bagi kecenderungan pendekatan pembelajaran yang digunakan, hasil analisis mendapati pendekatan mendalam lebih cenderung digunakan berbanding pendekatan permukaan dalam mata pelajaran perakaunan. Pelajar lelaki lebih cenderung menggunakan gaya pemikiran internal manakala pelajar perempuan lebih cenderung dalam gaya pemikiran executive. Selain itu, terdapat hubungan positif dan signifikan antara gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran perakaunan. Kajian ini menegaskan pendidik perakaunan harus memupuk dan menggalakkan pelajar mengamalkan pendekatan mendalam dalam pembelajaran. Pendidik perlu menambahbaik strategi dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran bagi menyesuaikan dengan gaya pemikiran pelajar dengan menyediakan bahan kuliah, tugasan atau projek yang distruktur dengan jelas.

Item Type:Article
Keywords:Gaya pemikiran; Matrikulasi; Pelajar; Pendekatan pembelajaran; Perakaunan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:22046
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Aug 2023 07:55
Last Modified:11 Aug 2023 02:28

Repository Staff Only: item control page