Minyak sawit dan generasi akan datang: meneroka penglibatan belia Malaysia

Fuzirah Hashim, and Kesumawati A. Bakar, and Siti Hamin Stapa, (2023) Minyak sawit dan generasi akan datang: meneroka penglibatan belia Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). pp. 138-152. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
788kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Tidak dapat dinafikan bahawa industri minyak sawit telah lama menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia. Ia adalah industri yang terus relevan dalam memenuhi permintaan tempatan dan global bagi pasaran minyak makan dan biofuel. Pendapat umum yang sering menganggap industri minyak sawit tidak menarik minat belia sebenarnya tercetus dari perkongsian oleh para belia itu sendiri, serta pihak berkepentingan lain dalam industri. Untuk menarik minat belia Malaysia dan meningkatkan penyertaan mereka di dalam industri ini, adalah perlu terlebih dahulu memahami sikap dan motivasi mereka terhadap sektor tersebut. Ini adalah langkah pertama dalam memahami faktor yang mendasari motivasi mereka dan mengukur tahap penglibatan mereka terhadap sektor minyak sawit. Dengan itu, fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap, penglibatan, dan minat belia FELDA dalam sektor minyak sawit Malaysia, serta pembolehubah yang menyokong sikap mereka dan berpotensi untuk mengekalkan penglibatan mereka dalam industri ini. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 50 orang responden FELDA diikuti dengan temu bual kumpulan fokus 5 orang belia FELDA. Data kualitatif telah mengukur tahap penglibatan belia FELDA melalui sumber sikap manakala data kuantitatif melalui survei mengukur tahap kategori dan ordinal bagi 8 konstruk industri dengan pembolehubah seperti jantina, umur dan tahap pendidikan. Secara amnya, penemuan kajian telah mendedahkan pandangan tentang kekuatan dan kelemahan industri minyak sawit yang berhubungkait dengan sikap positif dan negatif, motivasi dan penglibatan belia FELDA terhadap sektor tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Belia Malaysia; Industri minyak sawit; Minat; Motivasi; Penglibatan; Sikap
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:22049
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Aug 2023 07:55
Last Modified:11 Aug 2023 02:39

Repository Staff Only: item control page