Wanita dan persekitaran kerja dalam bidang STEM

Nurhamizah Binti Rashid, and Yashawini Abaquin Singaravelu, and Norain Binti Mod Asri, and Norshamliza Chamhuri, and Azrina Abdullah Al-Hadi, and Hazrul Izuan Shahiri, (2023) Wanita dan persekitaran kerja dalam bidang STEM. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). pp. 153-165. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
452kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Kemajuan dalam bidang teknologi pada masa kini telah menggalakkan ramai individu untuk melibatkan diri dalam STEM iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik walaupun pada hakikatnya penglibatan wanita dalam STEM adalah rendah. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti faktor yang mampu menggalak wanita untuk menyertai dan terus berada serta mengetuai STEM. Justeru, analisis penjelajahan faktor (EFA) diaplikasi terhadap 200 responden wanita yang bekerja dalam STEM di Malaysia dalam pelbagai bidang sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam. Kaedah EFA ini dapat merumuskan data agar hubungan dan corak kajian boleh ditafsir dan difahami dengan mudah. Hasil kajian mendapati bahawa sifat maskulin dalam diri wanita merupakan faktor yang mempengaruhi keputusan dan penglibatan wanita dalam STEM manakala faktor kemudahan institusi mendorong wanita untuk menyertai dan berada lama dalam STEM. Oleh yang demikian, kedua - dua faktor ini perlu diambil kira oleh majikan dalam menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif untuk memastikan wanita terus kekal dan menjadi peneraju dalam bidang STEM baik di sektor awam mahupun di sektor swasta.

Item Type:Article
Keywords:Analisis faktor; Diskriminasi; Kepimpinan; Kerajaan; Sektor swasta; STEM; Wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:22052
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Aug 2023 07:56
Last Modified:11 Aug 2023 02:39

Repository Staff Only: item control page