Aplikasi tingkah laku kewangan: kajian kes pengeluaran pra-persaraan skim pencen sewaktu pandemik crisis COVID-19

Khoong, Tai Wai and Phuah, Kit Teng and Ow, Mun Waei and Lin, Kok Leong (2023) Aplikasi tingkah laku kewangan: kajian kes pengeluaran pra-persaraan skim pencen sewaktu pandemik crisis COVID-19. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). pp. 181-199. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
587kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Tingkah laku kewangan individu membuat keputusan bergantung kepada pelbagai faktor kerana keputusan kewangan merupakan proses yang kompleks. Walau bagaimanapun, majoriti tingkah laku kewangan individual didorong oleh objektif kewangan individu. Tambahan pula, apabila wujud eleman ketidakpastian, tingkah laku kewangan menjadi lebih kompleks dan keliru sewaktu kewujudan krisis. Oleh itu, aplikasi teori tingkah laku kewangan dalam konteks perancangan kewangan sewaktu pandemik krisis COVID-19 adalah penting untuk difahami. Kajian ini dilaksanakan kerana kurang kajian dalam tingkah laku kewangan dari perspektif perancangan kewangan, dan fokus kepada ahli-ahli skim Kumpulan Wang Skim Persaraan (KWSP) sewaktu pandemik krisis COVID-19. Kajian ini menggunakan sumber data sekunder kedua seperti kajian lepas, data statistik, surat khabar dan laman web yang rasmi. Perbincangan kajian ini terdiri daripada dua bahagian. Pertama, perbincangan kerangka keselamatan sosial dan signifikasi dalam isu penuaan penduduk dalam konteks perancangan kewangan. Kedua, menentukan pengeluaran pra-persaraan individu yang berbentuk perancangan kewangan sewaktu pendemik krisis COVID19 dan tingkah laku kewangan, di mana ianya mampu meringankan beban hidup harian. Kajian mendapati teori-teori tingkah laku kewangan menunjukkan signifikasi kebolehgunaan dalam tingkah laku perancangan kewangan sewaktu pandemik krisis COVID-19. Dengan pemahaman ini, pihak kerajaan pusat dan institusi-institusi kewangan dapat mengkenalpasti individu dari segi tingkah laku kewangan, dan seterusnya menwujudkan teknik pemasaran runcit yang mantap.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Pengeluaran pra-persaraan; Perancangan kewangan; Populasi warga tua; Skim persaraan KWSP; Tingkah laku kewangan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:22053
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Aug 2023 07:56
Last Modified:11 Aug 2023 02:43

Repository Staff Only: item control page