Nurul Shuhada Shafie, and Shahidi A.H., and Rahim Aman, and Muhammad Norsyafiq Zaidi, (2023) Dialektologi bandingan varian Hulu Terengganu: satu analisis tinjauan literatur sistematik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). pp. 217-233. ISSN 2180-2491
|
PDF
644kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Makalah ini memperihalkan tentang analisis Tinjauan Literatur Bersistematik keatas penyelidikan dialektologi bandingan varian Hulu Terengganu (VHT). Dengan memanfaatkan tiga tahap penyaringan bahan ilmiah berdasarkan model PRISMA iaitu pengenalpastian (identification), penapisan (screening), kelayakan (eligibility), sebanyak 20 kajian berjaya berada di tahap termasuk (included) untuk dianalisis dengan sistematik. Penganalisisan bahan ini dilakukan untuk mencapai dua objektif iaitu mengenalpasti penemuan signifikan kajian dialektologi bandingan varian Hulu Terengganu dan meneliti kronologi perkembangan penyelidikan dialektologi bandingan varian Hulu Terengganu. Bahan ilmiah yang dihimpunkan dibahagikan kepada empat tema berdasarkan konteks kajian, metod dan dapatan kajian. Berdasarkan tema tersebut terdapat lapan unsur linguistik khas yang mewakili varian ini iaitu, pengekalan pada vokal tinggi *i dan *u di akhir kata, proses pendiftongan lanjutan, proses perubahan fonem *a kepada [ɛ], penokokan konsonan sekatan, penambahan konsonan nasal diakhir kata, proses pemonoftongan konsantal dan mempunyai enam varian kata ganti nama. Bagi unsur bukan linguistik, varian Hulu Terengganu berhubungan rapat dengan dialek Hulu Semenanjung Timur dan mempunyai pengaruh luar dari dialek Pahang dan Perak. Penyelidikan dialektologi varian ini juga dikenalpasti lebih cenderung pada kajian sinkronik berbanding diakronik. Jesteru, Penyelidikan dialektologi bandingan yang khusus terhadap varian Hulu Terengganu perlu dihasilkan sebagai usaha untuk meluaskan pandangan tentang varian ini dan menambahkan kosa ilmu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dialektologi bandingan; Dialektologi diakronik; Dialektologi Sinkronik; PRISMA; Tinjauan Literatur Bersistematik; Varian Hulu Terengganu |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 22061 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 08 Aug 2023 07:57 |
Last Modified: | 11 Aug 2023 02:44 |
Repository Staff Only: item control page