Kesan suhu pensinteran terhadap mikrostruktur dan sifat mekanikal perovskit seramik SrFe0.9 Ti0.1 O3-δ-SDC

Azreen Junaida Abd Aziz, and Nurul Akidah Baharuddin, and Mahendra Rao Somalu, and Andanastuti Muchtar, and Sahrim Ahmad, (2023) Kesan suhu pensinteran terhadap mikrostruktur dan sifat mekanikal perovskit seramik SrFe0.9 Ti0.1 O3-δ-SDC. Sains Malaysiana, 52 (4). pp. 1303-1314. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Kesan suhu sinter ke atas sifat bahan seramik perovskit SrFe0.9Ti0.1O3-δ-SDC dikaji di dalam penyelidikan ini. Pada asasnya, proses sinter dilakukan bagi memperkecilkan keliangan di dalam sesuatu bahan yang telah dipadatkan. Melalui kajian ini, tiga suhu digunakan untuk mengkaji kesan suhu sinter iaitu 1200, 1250, 1300 °C. Bahan seramik yang diperbuat daripada SDC terlebih dahulu dibentuk menjadi sel butang dengan mengenakan tekanan ekapaksi 5.2MPa. Dakwat seramik 5SrFe0.9Ti0.1O3-δ-5SDC dicetak ke atas kedua-dua permukaan sel butang bagi menghasilkan sel simetri elektrod/elektrolit/elektrod. Kesemua sel ini dibakar dengan 3 suhu sinter yang berbeza. Sifat fizikal dan morfologinya dikaji. Hasil kajian ini mendapati sel simetri yang dikenakan suhu yang berbeza mempengaruhi sifat bahan tersebut. Kenaikan suhu sinter menyebabkan bahan menjadi semakin aglomerat dan keliangan semakin berkurang sehingga 24.38%. Ketumpatan bahan juga semakin meningkat dan menyebabkan bahan mudah patah. Ketahanan bahan berkurang dengan kenaikan suhu. Dalam kajian ini, bahan 5SrFe0.9Ti0.1O3‒δ-5SDC didapati sesuai disinter pada suhu 1250 °C kerana memberikan nilai keliangan, kadar penggumpalan, ketumpatan dan dan ketahanan yang baik pada ketika itu.

Item Type:Article
Keywords:Kekerasan; Mikrostruktur; Pensinteran; Perovskite; Seramik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:22077
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:10 Aug 2023 01:54
Last Modified:11 Aug 2023 09:24

Repository Staff Only: item control page