Sa‘id Hawwa (1935-1989): tokoh mufassir dan sufi haraki

Muhammad Adnin Azimi Shaki, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2023) Sa‘id Hawwa (1935-1989): tokoh mufassir dan sufi haraki. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (8). pp. 21-33. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
772kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Sa’id Hawwa antara tokoh pejuang dari Syria pasca kejatuhan khilafah Uthmaniyyah. Beliau ialah salah seorang dari pemimpin besar gerakan Ikhwan al-Muslimin disamping terkenal sebagai sosok yang lantang melawan kolonisasi penjajah serta ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Namun, kesibukannya dengan gerakan ini seolah mengaburi sumbangan signifikan beliau dalam aspek keilmuan. Beliau ternyata seorang sarjana yang pakar dalam keilmuan agama. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyerlahkan kepakaran beliau dalam ilmu khususnya menerusi bidang tafsir dan tasawuf. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang berbentuk analisis kandungan. Pengumpulan data diperolehi dari kandungan kitab, tesis dan artikel. Hasil kajian mendapati Sa’id Hawwa ialah seorang dari tokoh mufassir sekaligus ahli sufi yang aktif dalam gerakan harakah Islam. Sumbangan utama beliau dari gagasan dan teori kesatuan tema dalam al-Quran serta idea revivalisme dalam bidang tasawuf melayakkan beliau digelar sebagai mufassir serta sufi haraki dari period moden.

Item Type:Article
Keywords:Sa’id Hawwa; Mufassir; Sufi; Haraki
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:22083
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:15 Aug 2023 00:59
Last Modified:17 Aug 2023 01:14

Repository Staff Only: item control page