Manhaj kritik matan hadis Mulla ‘Ali al-Qari

Nur Muhammad Anas Mohd Razak, and Mohd Arif Nazri, (2023) Manhaj kritik matan hadis Mulla ‘Ali al-Qari. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (1). pp. 34-44. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
797kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Hadis sebagai sumber rujukan utama yang kedua selepas al-Quran. Ilmu Hadis telah berkembang dari suatu zaman ke zaman yang lain. Tokoh-tokoh hadis telah mengkaji serta menilai status hadis-hadis berdasarkan beberapa kaedah tertentu dari sudut sanad dan matan bagi memelihara kesuciannya sebagai sumber rujukan utama umat Islam. Sehubungan dengan itu, Mulla Ali al-Qari merupakan salah seorang tokoh hadis yang terbilang pada zamannya. Beliau mempunyai pendekatan yang tersendiri mengkritik dan menilai matan hadis. Justeru, artikel ini mengkaji manhaj kritik matan hadis Mulla Ali al-Qari yang tidak dikhususkan oleh beliau sendiri berdasarkan karya beliau yang berjudul al-Asrar al-Marfu’ah. Di samping itu, biografi ringkas Mulla Ali al-Qari turut dinyatakan. Metodologi kajian ialah analisis kandungan bagi menyelidik ketokohan beliau terhadap penilaian sesuatu hadis berdasarkan matan. Hasil kajian ini mendapati percanggahan sesuatu kandungan hadis dengan nas al-Quran dan riwayat al-Sunnah yang lebih sahih menjadi kriteria penting di sisi manhaj kritik matan hadis Mulla Ali al-Qari. Selain itu, kejelikan sesuatu lafaz dan makna kandungan hadis juga turut menjadi asas terpenting kritikan beliau. Kajian ini membawa implikasi positif dalam mendepani penyebaran hadis tanpa semakan statusnya pada masa kini dan akan datang terutamanya dalam konteks aplikasi memelihara kesucian hadis Nabi SAW. Matlamat daripada kajian ini dapat memudahkan dan membimbing umat Islam terutamanya para sarjana yang lain mengenalpasti hadis-hadis bermasalah dan palsu tanpa melalui kajian sanad secara terperinci.

Item Type:Article
Keywords:Manhaj; Kritik; Matan; Hadis; Mulla ‘Ali al-Qari
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:22084
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:15 Aug 2023 01:42
Last Modified:17 Aug 2023 01:15

Repository Staff Only: item control page