Perkembangan ilmu tafsir merentas zaman

Nur Zahidah Che Mohamed, and Mohd Nazri Ahmad, and Nor Syamimi Mohd, (2023) Perkembangan ilmu tafsir merentas zaman. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (1). pp. 45-60. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
967kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Ilmu penafsiran al-Qur’an telah berkembang seiring dengan penurunan wahyu. Perkembangannya bermula dengan Rasulullah s.a.w sebagai perintis dalam bidang keilmuan ini mula menafsirkan al-Qur’an. Baginda s.a.w telah meletakkan garis panduan bagi memandu umat manusia dalam penafsiran al-Qur’an iaitu menafsirkan al-Qur’an dengan al Qur’an, al-Sunnah, pendapat sahabat dan tabic in. Artikel ini bertujuan membincangkan sejarah perkembangan ilmu tafsir seterusnya meneliti metode yang digunakan dalam penafsiran al-Qur’an. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpul secara analisis dokumen dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa metode pentafsiran al-Qur’an berkembang mengikut keperluan arus perdana dalam kalangan masyarakat adalah lebih berfokus dan mudah diterima serta diaplikasikan dalam kehidupan. Kajian ini memberi implikasi kepada para pengkaji dan masyarakat untuk lebih mudah berinteraksi dengan al-Qur’an.

Item Type:Article
Keywords:Ilmu tafsir; Garis panduan; Metod pentafsiran; Perkembangan tafsir; Interaksi
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:22085
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:15 Aug 2023 01:50
Last Modified:17 Aug 2023 01:24

Repository Staff Only: item control page