Persepsi guru tauliah terhadap penilaian status hadis ḍa‘īf: satu kajian di negeri Melaka

Muhammad Ashraf Shahrulail, and Mohd Khafidz Soroni, and Suriani Sudi, (2023) Persepsi guru tauliah terhadap penilaian status hadis ḍa‘īf: satu kajian di negeri Melaka. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (1). pp. 73-85. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
927kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Guru tauliah merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan pendidikan peringkat akar umbi dalam masyarakat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang ditemui berkenaan dengan penilaian terhadap status hadis ḍa’īf dalam kalangan guru tauliah. Tambahan pula kedudukan hadis ḍa’īf merupakan sesuatu perkara yang sering diperdebatkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru tauliah terhadap penilaian status hadis ḍa’īf. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 240 orang guru tauliah yang melibatkan tiga daerah di Negeri Melaka menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data telah dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 secara deksriptif untuk mengetahui nilai min, peratusan dan data interpretasi. Dapatan kajian mendapati persepsi guru tauliah terhadap penilaian status hadis ḍa’īf berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil daripada kajian ini mendapati tidak semua guru tauliah mempunyai latar belakang pengajian ilmu hadis. Faktor yang kedua adalah berkemungkinan guru-guru tauliah tidak didedahkan dalam mengenali selokbelok ilmu hadis terutamanya berkaitan penilaian terhadap status hadis ḍa’īf yang boleh diamalkan ataupun tidak. Selain itu, kebanyakan daripada mereka masih kurang berpengetahuan dalam memahami permasalahan status hadis terutamanya berkaitan penilaian status hadis ḍa’īf. Justeru itu, golongan guru tauliah atau penceramah agama perlu mempunyai inisiatif untuk menambahkan nilai-nilai keilmuan dan kefahaman dalam diri mereka dengan mempelajari ilmu-ilmu islam secara berterusan khususnya berkaitan ulum hadis. Kedudukan guru agama dan murabbi adalah mulia di sisi agama malah mereka mempunyai tanggungjawab mendidik umat Islam untuk kekal berada di jalan yang benar. Sudah tentu peranan ini akan menentukan nasib dan keadaan ummah pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; Penilaian; Guru tauliah; Hadis da’īf
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:22087
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:15 Aug 2023 02:08
Last Modified:15 Aug 2023 02:08

Repository Staff Only: item control page