Kajian literatur faktor-faktor kebolehpasaran pelajar lulusan aliran tahfiz

Abd. Khalim Kasmuri, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, and Mohd Nazir Kadir, (2023) Kajian literatur faktor-faktor kebolehpasaran pelajar lulusan aliran tahfiz. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (1). pp. 86-93. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
736kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Pendidikan aliran tahfiz telah menjadi tumpuan masyarakat masakini dan terdapat banyak institusi pendidikan aliran tahfiz telah diwujudkan. Justeru itu kebolehpasaran lulusan aliran tahfiz merupakan satu indikator utama dikalangan lepasan tahfiz pada masa akan datang. Namun begitu, wujud beberapa isu yang sering dipolemikkan berkaitan melanjutkan pengajian dan peluang kerjaya. Satu kajian literatur telah dijalankan bertujuan mengenalpasti faktor- faktor utama yang dibincangkan oleh para pengkaji berkaitan sistem pendidikan tahfiz dalam menjamin kebolehpasaran pelajar lulusan aliran tahfiz. Melalui kajian ini, ia dapat memberikan implikasi lebih terperinci serta terfokus kepada aspek-aspek utama yang perlu dibincang dan dikaji. Kajian ini menggunakan metod kualitatif sepenuhnya dengan menumpukan kepada hasil-hasil kajian yang lepas. Hasil dari beberapa kajian literatur mendapati bahawa dalam menjamin kebolehpasaran pelajar aliran tahfiz, setiap institusi pendidikan tahfiz seharusnya memenuhi berbagai keperluan samada dari segi pengurusan pentadbiran, sistem Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang seragam, kemahiran penggunaan teknologi, sokongan ibu bapa pelajar dan masyarakat serta mewujudkan satu badan khas bagi mengawal selia pendidikan tahfiz. Di akhir kajian dicadangkan kepada pihak berwajib dan pihak institusi pendidikan tahfiz agar dapat memenuhi perkara-perkara tesebut demi menjamin peluang kebolehpasaran pelajar-pelajar lulusan aliran tahfiz

Item Type:Article
Keywords:Kebolehpasaran aliran tahfiz; Keperluan wajib tahfiz; Pengurusan pendidikan tahfiz
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:22088
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:15 Aug 2023 02:20
Last Modified:15 Aug 2023 02:20

Repository Staff Only: item control page