Mengkaji kesan kekonduksian pengenapan Politiofena / Polipirol /Polianilina (PT /PPY /PANI) di atas kaca Indium Timah Oksida (ITO)

Siti Amira Othman, and Shahidan Radiman, (2023) Mengkaji kesan kekonduksian pengenapan Politiofena / Polipirol /Polianilina (PT /PPY /PANI) di atas kaca Indium Timah Oksida (ITO). Jurnal Kejuruteraan, 35 (2). pp. 421-429. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3502-2023/

Abstract

Keluarga polimer konduksi banyak digunakan dalam bidang pengesan berasaskan polimer. Di antara polimer yang sering digunakan adalah polianilina (PANI), polipirol (PPY) dan politiofena (PT). Pengesan beroperasi berdasarkan penghasilan isyarat oleh molekul analit yang kemudiannya menghasilkan pengukuran sama ada secara kualitatif dan kuantitatif. Selain itu, kegunaan polimer konduksi dalam bidang biopengesan telah menyerlahkan kepentingannya terutamanya dalam bidang bioperubatan, persekitaran, kawalan mutu makanan dan banyak lagi. Walaupun begitu, terdapat isu yang sering timbul seperti dalam mengawal dan menghasilkan isyarat bahan yang digunakan. Malah, bahan dan kaedah yang sesuai juga perlu dikaji. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan kekonduksian pengenapan Politiofena / Polipirol /Polianilina (PPY/ PT/PANI) di Atas Kaca Indium Timah Oksida (ITO). Monolapisan polianilina (PANI) dienapkan di atas permukaan kaca indium timah oksida (ITO) menggunakan kaedah Langmuir blodget (LB). Permukaan monolapisan zarah PANI telah dilapisi dengan lapisan polipirol (PPY) dan politiofena (PT). PPY dan PT dilarutkan dalam metanol terlebih dahulu dan kemudiannya ditambah dengan asid p-toluena sulfonik (PTSA) bagi memberi kesan yang sama seperti PANI terutama pada struktur rantai belakangnya. Spektrum UV-Vis dan FTIR membuktikan kewujudan puncak yang terhasil daripada proses keterlarutan dan pendopan terhadap PPY dan PT. Didapati saiz molekul polimer yang tidak sekata terhasil daripada imej PPY/PANI kerana terdapat kebarangkalian lebihan PPY yang sedia ada bergumpal sesama sendiri. Apabila PT dienapkan ke atas lapisan PPY/ PANI, gabungan ketiga- ketiga polimer telah membentuk rongga di atas permukaan lapisan PT/PPY/PANI. Ia dijelaskan dengan analisis FTIR PT/PPY/PANI yang mempamerkan kewujudan ikatan antara polimer gabungan tersebut. Rintangan bahan semakin berkurang apabila ketiga-tiga polimer digabungkan bersama yang menjelaskan nilai kekonduksian yang diperolehi semakin tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Polipirol; Politiofena; Polianilina; Monolapisan; Langmuir
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:22123
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:16 Aug 2023 15:26
Last Modified:18 Aug 2023 01:53

Repository Staff Only: item control page