Budaya popular dan komunikasi impak kumpulan slank terhadap slankers di Indonesia

Rizky Hafiz Chaniago, and Fuziah Kartini Hassan Basri, (2011) Budaya popular dan komunikasi impak kumpulan slank terhadap slankers di Indonesia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 27 (1). pp. 91-100. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
452kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom

Abstract

Budaya popular Barat sering kali dikaitkan dengan kebudayaan yang bersifat negatif, seperti fahaman budaya tanding termasuk seks bebas, dadah dan alkohol. Gaya hidup kaum muda Barat masuk ke Indonesia melalui media massa seperti MTV, majalah dan bermacam-macam genre muzik. Muzik rock merupakan salah satu genre muzik yang mencetuskan gaya hidup yang menyimpang ini. Kaum muda Indonesia mulai “meniru” gaya hidup kaum muda Barat dengan mengkonsumsi rock sebagai sebahagian daripada budaya tanding, walaupun untuk alasan yang tidak sama. Melalui Slank sebagai contoh, makalah ini menghujah bahawa budaya popular tidak semestinya negatif, malah ia adalah budaya alternatif, yang punyai ciri sendiri, berbeza daripada apa yang telah mapan. Slank merupakan kumpulan muzik rock yang berhasil menepis imej negatif budaya popular menjadi positif. Para peminat kumpulan muzik Slank yang dikenali Slankers mengikuti gaya hidup menyimpang yang dilakukan Slank seperti mengkonsumsi dadah dan alkohol. Seiring bergulirnya waktu, Slank akhirnya meninggalkan gaya hidup rock ‘n’ roll itu dan perubahan ini turut diikuti oleh Slankers. Kini, Slank mencetuskan budaya baru iaitu PLUR (Peace, Love, Unity dan Respect). Pemanfaatan pengaruh ini tentunya menjadi faktor yang mempunyai peranan baik terhadap gaya hidup kaum muda Indonesia terutama Slankers

Item Type:Article
Keywords:budaya popular; budaya tanding; gaya hidup; muzik rock; Slankers
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:2213
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2011 04:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page