Persaingan perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam sektor penyediaan makanan

Nur Aisyah Izzati Zulkupli, and Mustazar Mansur, (2023) Persaingan perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam sektor penyediaan makanan. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 39-52. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication/a10-0623/

Abstract

Kepentingan industri pemprosesan makanan tidak dinafikan memberi kesan ekonomi yang besar terhadap negara melalui sumbangannya terhadap peningkatan peluang pekerjaan dan mencipta nilai tambah terhadap industri makanan. Sebagai antara pelopor besar industri ini, PKS tentunya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memperkukuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran utama yang menyebabkan persaingan dalam kalangan PKS di UKM. Selain itu, kajian ini juga ingin mengkaji inisiatif yang diambil oleh PKS untuk kekal bersaing dan potensi perkembangan perniagaan pada masa hadapan. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini melalui instrumen soal selidik yang melibatkan usahawan PKS di UKM. Kajian ini mendapati bahawa umumnya faktor cabaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS adalah tinggi. Namun, faktor inisiatif yang diambil oleh mereka juga adalah tinggi. Dapatan kajian melalui analisis korelasi menunjukkan bahawa faktor cabaran modal, teknologi dan cabaran lain mempunyai hubungan dengan potensi perniagaan usahawan PKS. Penglibatan semua pihak perlu diambil untuk membantu usahawan PKS di UKM lebih inovatif dan berdaya saing dalam sektor peyediaan produk makanan.

Item Type:Article
Keywords:Usahawan PKS di UKM; Modal; Modal Insan; Teknologi; Cabaran Lain; Potensi Perniagaan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:22139
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:17 Aug 2023 14:24
Last Modified:18 Aug 2023 08:48

Repository Staff Only: item control page