Kesan kenaikan harga barang asas dan impaknya terhadap mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia

Sushmita Eh Wa, and Mustazar Mansur, (2023) Kesan kenaikan harga barang asas dan impaknya terhadap mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 65-75. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
482kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication/a10-0623/

Abstract

Kenaikan harga barang asas telah menjadi topik hangat dari semasa ke semasa. Antara golongan yang terkesan dan kehidupan semakin terhimpit akibat kenaikan harga barang asas adalah golongan mahasiswa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak kenaikan harga barang asas terhadap mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tiga aspek iaitu perbelanjaan bulanan, kuasa beli dan perubahan taraf hidup. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang merangkumi prasiswazah dari setiap fakulti di UKM. Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan purata min bagi setiap kesan. Hasil kajian mendapati bahawa kenaikan harga barang asas telah meningkatkan perbelanjaan bulanan akibat peningkatan kos sara hidup serta perubahan kuasa beli dan taraf hidup mereka. Bagi menangani isu ini, sebahagian besar responden bertindak untuk berjimat cermat dengan membeli barangan yang berkualiti rendah serta mengutamakan barangan yang penting dan sebahagian responden memilih untuk membuat kerja sambilan pada waktu rehat mereka.

Item Type:Article
Keywords:kenaikan harga barang asas; Mahasiswa; Perbelanjaan bulanan; Kuasa beli; Taraf hidup
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:22140
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:17 Aug 2023 14:33
Last Modified:18 Aug 2023 08:49

Repository Staff Only: item control page