Perspektif pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran khidmat bakti melalui kursus kokurikulum di Universiti Teknologi MARA

Fairus Muhamad Darus, and Noor Afzan Zakaria, and Nooraidah Mokhtar, (2023) Perspektif pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran khidmat bakti melalui kursus kokurikulum di Universiti Teknologi MARA. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 87-94. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
246kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication/a10-0623/

Abstract

Pembelajaran khidmat bakti menggabungkan elemen akademik dengan aktiviti dan memberi peluang kepada pelajar bagi mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalam bilik kuliah ke alam dunia sebenar. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif melalui temu bual menggunakan soalan semi-struktur secara dalam talian kepada dua empat orang pelajar yang melaksanakan pembelajaran khidmat bakti melalui kursus kokurikulum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Shah Alam. Objektif kajian ini untuk mengetahui perspektif pelajar terhadap pengalaman, manfaat dan cabaran semasa menjayakan pembelajaran khidmat bakti yang dijalankan secara dalam talian. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan pelajar yang mengikuti pembelajaran khidmat bakti mendapat pengalaman dan manfaat positif khususnya berkaitan dengan kemahiran insaniah. Pelajar menyatakan bahawa mereka memperolehi pengalaman baru semasa proses pemindahan ilmu kepada komuniti ketika pelaksanaan program khidmat bakti melalui dalam talian. Pelajar juga menyatakan manfaat yang diperolehi khususnya berkaitan dengan kemahiran insaniah, antaranya ialah kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, pengurusan dan penyelesaian masalah. Selain itu, pelajar turut berkongsi maklumat tentang cabaran yang dihadapi bagi menjayakan program pembelajaran khidmat bakti secara dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran Khidmat Bakti, Kokurikulum, Universiti Teknologi MARA
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:22141
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:17 Aug 2023 16:53
Last Modified:18 Aug 2023 08:50

Repository Staff Only: item control page