Keupayaan aplikasi indeks spektrum dalam penentuan perubahan pantai

Saravanakkumar Nachimuthu, and Muzzneena Ahmad Mustapha, (2023) Keupayaan aplikasi indeks spektrum dalam penentuan perubahan pantai. Sains Malaysiana, 52 (5). pp. 1345-1358. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Pantai penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan ekosistem. Garis pantai berubah secara dinamik dan analisis perubahan garis pantai berupaya dilakukan oleh teknologi penderiaan jauh dan GIS. Tujuan kajian ini adalah mengukur keupayaan indeks spektrum seperti Modified Normalized Difference Water Index (MNDWI), Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) dan Soil Adjusted Vegetation Index (SAVI) dalam membezakan litupan tanah serta penentuan perubahan garis pantai di pantai barat Johor antara tahun 2000 dan 2020. Penyelidikan ini dijalankan dengan analisis data imej satelit Landsat 7 ETM+ (2000) dan Landsat 8 OLI/TIRS (2020) menggunakan perisian ERDAS dan ArcGIS. Imej indeks spektrum dijana bagi penentuan garis pantai melalui pengelasan OTSU. Tindan lapis imej dibuat bagi menentukan perubahan garis pantai. Penggunaan indeks spektrum dalam kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga indeks spektrum tersebut mampu membezakan air dan darat dengan berkesan di sepanjang pantai barat Johor. MNDWI didapati mempunyai ketepatan keseluruhan 99.00% (2000) dan 97.50% (2020) dan nilai Kappa yang paling tinggi bagi kedua-dua imej satelit Landsat, 0.98 (2000) dan 0.95 (2020). Indeks NDVI dan SAVI mempunyai ketepatan yang sama iaitu 95.00% (2000) dan 96.50% (2020) dan nilai Kappa sama sebanyak 0.90 (2000) dan 0.93 (2020). Pantai barat Johor telah mengalami pengurangan pantai sebanyak 583.48 hektar dan penambahan 846.85 hektar. Pengurangan yang lebih tinggi diperhatikan di sepanjang pantai Batu Pahat dan Pontian manakala garis pantai di pantai utara Pontian menunjukkan jumlah penambahan yang sangat tinggi. Kajian ini dapat memanfaatkan pihak berkepentingan dengan memberi status perubahan garis pantai terkini untuk mengambil langkah yang berkesan bagi pembangunan dan pengurusan pantai.

Item Type:Article
Keywords:Indeks spectrum; Landsat; Pantai barat Johor; Perubahan garis pantai
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:22147
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Sep 2023 07:02
Last Modified:05 Sep 2023 07:02

Repository Staff Only: item control page