Mohd Rashdan Topa, and Mohd Talib Latif, and Murnira Othman, and Ooi, Maggie Chel Gee, and Norfazrin Mohd Hanif, and Mohd Shahrul Mohd Nadzir, and Haris Hafizal Abd Hamid, and Anis Asma Ahmad Mohtar, and Liew, Juneng, (2023) Rekod jangka panjang kepekatan metana di Malaysia. Sains Malaysiana, 52 (5). pp. 1359-1370. ISSN 0126-6039
|
PDF
979kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html
Abstract
Gas metana (CH4) adalah gas rumah hijau yang menyebabkan perubahan iklim dan pemanasan dunia. Kajian CH4 dijalankan untuk melihat tren pelepasan CH4 di Malaysia dalam satu jangka masa yang panjang (10 tahun) dari tahun 2000 hingga 2009 dan menilai hubungan CH4 dengan ozon permukaan (O3). Data CH4 daripada 19 stesen pemantauan kualiti udara automatik berterusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Malaysia telah dianalisis menggunakan analisis statistik dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati nilai bacaan kepekatan purata bulanan CH4 tertinggi dicatatkan di stesen Larkin, Johor Bahru iaitu 2.61±0.54 ppm. Nilai purata kepekatan CH4 berdasarkan data yang direkodkan di semua stesen di Malaysia adalah 2.00 ppm. Taburan kepekatan CH4 yang lebih tinggi didapati tertumpu di kawasan bandar dan kawasan perindustrian di Selangor, Melaka dan Johor. Analisis korelasi bagi menentukan hubungan CH4 dengan bahan pencemar O3 mendapati 15 stesen menunjukkan korelasi positif yang sangat kecil dan lemah (r < 0.20 dan 0.20 < r < 0.40) manakala empat stesen lagi menunjukkan korelasi negatif. Hubungan antara CH4 dengan bahan pencemar O3 bagi kesemua stesen adalah tidak signifikan (r < 0.5, p > 0.05). Stesen Shah Alam didapati menunjukkan korelasi CH4 paling tinggi dengan O3 berbanding stesen lain. Pengetahuan asas berkenaan CH4 dalam udara ambien Malaysia yang ditunjukkan dalam kajian ini boleh digunakan untuk menilai potensi impak CH4 terhadap alam sekitar, perubahan iklim dan kesihatan manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gas rumah hijau; Iklim tropika; Metana; Ozon permukaan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 22148 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Sep 2023 07:24 |
Last Modified: | 05 Sep 2023 07:24 |
Repository Staff Only: item control page