Pencarian maklumat pendermaan organ dan tisu dalam pengikrar penderma organ: satu tinjauan awal

Normawati Ahmad, and Faridah Ibrahim, and Normah Mustaffa, and Chang, Peng Kee (2011) Pencarian maklumat pendermaan organ dan tisu dalam pengikrar penderma organ: satu tinjauan awal. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 27 (1). pp. 102-117. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
529kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencarian maklumat pendermaan organ dan tisu dalam kalangan pengikrar penderma organ. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Kajian ini telah melibatkan seramai 245 orang responden yang terdiri daripada mereka yang telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ. Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan di empat buah pusat sumber transplan. Pencarian maklumat diukur melalui sumber media yang digunakan (media massa dan interpersonal), tumpuan maklumat, kecukupan maklumat, kepercayaan maklumat, usaha mencari maklumat, punca mencari maklumat dan mencari maklumat lanjut. Data yang dibincangkan ini adalah sebahagian dari hasil kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati, surat khabar, televisyen, poster dan risalah menjadi sumber maklumat utama media massa sementara anggota kesihatan dan doktor menjadi pilihan untuk saluran interpersonal. Manakala poster telah diberi tumpuan dengan begitu kerap berbanding dengan media lain. Bagi kepercayaan maklumat, doktor dan anggota kesihatan telah diberi kepercayaan oleh responden bagi mendapatkan maklumat. Walaupun usaha mencari maklumat di kalangan responden adalah tinggi, namun dari segi kecukupan maklumat, majoriti responden menganggap maklumat masih lagi sederhana mencukupi. Manakala punca responden mencari maklumat adalah untuk menambahkan pengetahuan. Kajian menunjukkan kempen kesedaran pendermaan organ adalah penting.

Item Type:Article
Keywords:Pencarian maklumat; tumpuan maklumat; kecukupan maklumat; kepercayaan maklumat; maklumat lanjut
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:2215
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2011 04:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page