Gel mengandungi nanozarah kitosan yang dimuatkan dengan DsiRNA dan kurkumin sebagai pembalut luka kencing manis: pelepasan bahan aktif dan kesan kesitotoksikan

Fatin Hanani Mohd Fadhil, and Ng, Shiow-Fern and Haliza Katas, (2023) Gel mengandungi nanozarah kitosan yang dimuatkan dengan DsiRNA dan kurkumin sebagai pembalut luka kencing manis: pelepasan bahan aktif dan kesan kesitotoksikan. Sains Malaysiana, 52 (5). pp. 1545-1556. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
719kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Baru-baru ini, RNA penghalang kecil substrat-Diser (DsiRNA) telah digabungkan dengan satu agen anti-radang semula jadi iaitu kurkumin (Cur) dalam bentuk nanozarah dan dimuatkan ke dalam gel untuk rawatan luka kencing manis. DsiRNA telah digunakan untuk melenyapkan ekspresi berlebihan gen pembawa prostaglandin (PGT) yang mengganggu respons pembentukan salur darah dan melambatkan penyembuhan luka. Selain sifat fizikokimia, keberkesanan dan keselamatan formulasi ini juga bergantung kepada corak pelepasan bahan aktif. Oleh itu, kajian ini telah menilai corak pelepasan bahan aktif daripada nanozarah dan gel tersebut serta kesan kesitotoksikannya. Dalam kajian ini, kedua-dua bahan aktif ini telah dimasukkan ke dalam nanozarah kitosan (CSNPs) menggunakan kaedah gelasi ion dan kemudiannya dicampur ke dalam pembawa gel Pluronik F-127 (PF-127) pada kepekatan berbeza. CSNPs yang terhasil telah dioptimumkan untuk memperoleh zarah bersaiz kecil (301.3 ± 57.6 nm) dan cas permukaan yang tinggi (+23.7 ± 0.7 mV). Kebanyakan zarah adalah berbentuk sfera dengan keberkesanan pemerangkapan yang tinggi untuk Cur (86.8 ± 4.2%) dan DsiRNA (100.9 ± 52.5%). Gel yang terhasil pula mempunyai tekstur dan morfologi gel yang baik dan sesuai untuk aplikasi topikal. Kajian pelepasan dadah selama 24 jam secara in-vitro menunjukkan jumlah kumulatif pelepasan DsiRNA adalah lebih tinggi berbanding Cur iaitu dalam lingkungan 23.8-35.4 μg/cm2. Kebolehidupan fibroblas yang didedahkan kepada formulasi ini juga adalah melebihi 80%, menggambarkan sifat tidak toksik CSNPs terhadap sel. Kesimpulannya, formulasi gel yang mengandungi CSNPs ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai pembalut luka dan agen penyembuh luka kencing manis.

Item Type:Article
Keywords:Diabetes; Luka kronik; Semi-pepejal; Teknologi asid nukleik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:22161
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:06 Sep 2023 03:23
Last Modified:06 Sep 2023 03:23

Repository Staff Only: item control page