Transformasi penyiaran televisyen melalui internet: kajian perhubungan kepuasan terhadap pengguna remaja

Hasrul Bin Hashim, and Bahiyah Omar, (2011) Transformasi penyiaran televisyen melalui internet: kajian perhubungan kepuasan terhadap pengguna remaja. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 27 (1). pp. 146-169. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
636kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom

Abstract

Kemunculan internet membawa banyak perubahan dalam landskap media massa. Media konvensional telah beralih kepada format digital dan membentuk satu penggabungan media yang mampu menarik minat khalayak terutama golongan remaja. Kajian ini memilih satu medium baru hasil dari gabungan internet dan televisyen iaitu portal stesen televisyen untuk menilai tahap kepuasan penggunaan medium tersebut dalam kalangan pengguna remaja. Penilaian dibuat dengan meneroka hubungan antara kepuasan yang dicari (GS) dengan kepuasan yang diperoleh (GO) bagi empat ukuran kepuasan iaitu keperluan mendapatkan maklumat, hiburan, utiliti interpersonal dan juga interaktiviti. Kajian eksperimen ini juga menilai kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan terhadap dua portal televisyen; RTM sebagai stesen penyiaran awam dan TV3 sebagai stesen penyiaran swasta. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujud perhubungan yang signifikan di antara kepuasan yang dicari dengan kepuasan yang diperoleh bagi keempat-empat ukuran kepuasan yang dikaji dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Remaja; transformasi; kepuasan; penggunaan; internet
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:2218
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jul 2011 06:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page