Faktor analisis penilaian polisi kenderaan akhir hayat

Muhamad Razuhanafi Mat Yazid, and Nur Nabila Natasyahani Hairul, and Rozmi Ismail, and Rosniza Aznie Che Rose, and Zurinah Tahir, and Atiqa Suparjo Noordin, and Charli Sitinjak, (2023) Faktor analisis penilaian polisi kenderaan akhir hayat. Jurnal Kejuruteraan, 35 (3). pp. 767-778. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
426kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-3503-2023/

Abstract

Pengeluar kenderaan biasanya berhasrat agar kenderaan mereka mampu bertahan selama 10 tahun, oleh itu kenderaan yang melebihi jangka masa ini diklasifkasikan sebagai Kenderaan Akhir Hayat (ELV). Penggunaan ELV secara meluas boleh mengakibatkan kepada pencemaran alam sekitar. Satu rangka kerja bagi pengurusan ELV harus direka bentuk untuk mengatasi masalah ini. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk mempelajari tentang perundangan berkaitan ELV serta pelaksanaannya di negara luar, serta untuk mengukur penilaian awam terhadap pelaksanaan kitar semula ELV di Malaysia. Kajian ini merangkumi kajian literatur yang telah diguna pakai di negara luar, serta tinjaun 200 responden. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) menggunakan perincian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.925 iaitu melebihi 0.70. Keputusan daripada analisis faktor penerokaan menunjukkan lapan faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0, Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) adalah 0.792 dan 0.881 melebihi 0.50 dan ujian Bartlett menunjukkan nilai signifikan iaitu p < 0.05, menunjukkan item-item dalam bahagian pengetahuan pengurusan sisa pepejal dan ELV, kesediaan masyarakat dan sikap masyarakat adalah mencukupi untuk dilaksanakan faktor analisis.

Item Type:Article
Keywords:ELV; Kitar Semula; Kenderaan; Polisi ELV
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:22199
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:11 Sep 2023 09:43
Last Modified:13 Sep 2023 08:45

Repository Staff Only: item control page