Menggunakan bioinformatik secara strategik untuk dakwah Islam (Using bioinformatics strategically for Islamic Da'wah)

Juhana Salim, and Sharhida Zawani Saad, and Mohd. Shahizan, (2011) Menggunakan bioinformatik secara strategik untuk dakwah Islam (Using bioinformatics strategically for Islamic Da'wah). Jurnal Hadhari, 3 (1). pp. 1-20. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

547kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Artikel ini menjelas bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat dimanfaatkan bagi penyebaran ilmu pengetahuan berhubung ke-Esaan dan kebesaran kuasa Allah secara lebih berkesan. Bahagian awal artikel ini melapor penyelidikan yang dilaksanakan di kalangan pakar dalam pelbagai bidang untuk mengesahkan kenyataan saintifik yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah. Melalui pendedahan kepada penyelidikan berkenaan dapatlah dirumuskan bahawa bidang bioinformatik boleh dimanfaatkan bagi membantu dalam mengenal pasti ‘tanda-tanda’ saintifik dalam al-Qur’an dan Sunnah yang masih belum dikenal pasti. Malah, dengan memetik ayat-ayat tentang kejadian alam dan makhlukNya bagi mencerminkan kekuasaan Allah dapat memperkukuhkan kepercayaan di kalangan masyarakat justeru menyokong ke arah usaha dakwah Islamiah yang lebih berkesan. Artikel ini menjelaskan kajian yang melibatkan pengekstrakan dan pengindeksan ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith yang boleh diakses melalui internet bagi membolehkan pengesanan kepada kandungan al-Qur’an dan Hadith dengan lebih tepat dan mudah. Dalam kajian ini, penyelidik melaksana proses pengesanan ayat dalam al-Qur’an menggunakan perisian dan aplikasi platform bioinformatik serta kaedah pengekstrakan dan pengindeksan automatik. Hasil kajian ini menunjukkan sistem pengesktrakan yang telah dibangunkan boleh membantu pencarian kepada ayat al-Qur’an dan Hadith serta apa-apa yang berkaitan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Pengekstrakan maklumat; teknologi maklumat dan dakwah; tekno daei; bioinformatik; al-Qur’an; Hadith; pencarian maklumat Islam; capaian maklumat
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:2220
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jul 2011 01:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page