Pendekatan Islam Hadhari dan persepsi belia: satu dapatan kajian (Youth perception toword Islam Hadhari approach: a finding)

Adlina Ab. Halim, (2011) Pendekatan Islam Hadhari dan persepsi belia: satu dapatan kajian (Youth perception toword Islam Hadhari approach: a finding). Jurnal Hadhari, 3 (1). pp. 21-40. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

325kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Artikel ini membincangkan persepsi golongan belia terhadap pendekatan Islam Hadhari. Persampelan kajian melibatkan satu ribu orang responden daripada kalangan belia berumur 19 hingga 30 tahun. Persepsi responden tentang Islam Hadhari telah diukur melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan alat instrumen yang alfanya adalah .807-.907. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Persepsi responden tentang Pendekatan Islam Hadhari diukur menggunakan empat Skala Likert. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai persepsi yang baik terhadap pendekatan Islam Hadhari (min=3.3114). Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara persepsi responden dan empat profil (umur, subjek TITAS serta tahap pendidikan ibu dan bapa responden). Seterusnya, hasil kajian mendapati persepsi responden terhadap pendekatan Islam Hadhari adalah berbeza mengikut agama, etnik, tempat tinggal dan latar belakang pendidikan bapa dan ibu responden.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan Islam Hadhari; persepsi; belia
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:2221
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jul 2011 01:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page