Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat di Kuala Lumpur terhadap kempen pencegahan jenayah penipuan dalam talian

Muhammad Adnan Pitchan, and Ali Salman, and Ernawati Abdul Wahab, (2023) Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat di Kuala Lumpur terhadap kempen pencegahan jenayah penipuan dalam talian. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (1). pp. 240-258. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
785kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1584

Abstract

Pemahaman masyarakat terhadap sesuatu kempen yang diadakan sangat penting yang mana ia menunjukkan sama ada tujuan dan objektif sesuatu kempen itu tercapai. Kempen pencegahan jenayah penipuan dalam talian yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) adalah bertujuan memberi pengetahuan, meningkatkan kesedaran, membentuk sikap dan amalan untuk mengelakkan masyarakat menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian. Walaupun saban tahun kempen seumpamanya dilaksanakan, namun masyarakat masih menjadi mangsa. Oleh itu, pemahaman masyarakat terhadap pencegahan jenayah penipuan dalam talian harus ditingkatkan dari semasa ke semasa memandangkan modus operandi jenayah tersebut yang sentiasa berubah, dan salah satu kaedahnya adalah melalui kempen. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pemahaman masyarakat terhadap kempen pencegahan jenayah penipuan dalam talian yang dilihat dari sudut pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat terhadap kempen. Metodologi kajian adalah pendekatan kualitatif, iaitu temu bual kumpulan fokus. Seramai 21 orang informan terdiri daripada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur yang telah menghadiri kempen pencegahan jenayah penipuan dalam talian telah ditemu bual melalui tiga kumpulan fokus mengikut tiga daerah utama iaitu Brickfields, Sentul dan Dang Wangi. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga elemen pengetahuan, sikap dan amalan adalah saling berkaitan dan masyarakat di kawasan kajian mempunyai pengetahuan yang baik terhadap kempen pencegahan jenayah penipuan dalam talian terutama dari segi tujuan dan mesej yang disampaikan di dalam kempen. Sikap masyarakat terhadap kempen pula positif kerana mereka berkeyakinan bahawa kempen tersebut mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada masyarakat umum. Amalan masyarakat berada pada tahap yang baik terhadap kempen kerana mempraktikkan nasihat yang diterima semasa kempen.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah siber; Komersial; Media sosial; Teknologi; Literasi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22216
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 Sep 2023 01:48
Last Modified:19 Sep 2023 03:14

Repository Staff Only: item control page