Penyertaan dalam komuniti filem: sebuah nota penyelidikan

Madhumita Selvaraj, and Badrul Redzuan Abu Hassan, and Roslina Abdul Latif, (2023) Penyertaan dalam komuniti filem: sebuah nota penyelidikan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (1). pp. 279-293. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
840kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1584

Abstract

Konsep komuniti filem, berbanding kelab atau persatuan filem, merupakan istilah terbaru yang kini makin disantuni oleh penonton, peminat, pengkritik, pengkarya dan penguasa elit industri seni dan kebudayaan. Kesenjangan antara mereka yang mengetahui dan menyantuni komuniti filem, dan mereka di lingkaran sebuah komuniti filem yang tidak mengetahui atau menyedari sebesar apakah ruang atau kekangan itu? Tujuan utama penyelidikan ini ialah meninjau persepsi warga Wilayah Persekutuan dan Selangor terhadap konsep, program dan ekosistem komuniti filem. Penyelidikan ini telah menggunakan Teori Pilihan Rasional sebagai kerangka tindakan sosial yang berasaskan tiga konstruk: individualisme, struktur dan kerasionalan, yang mampu menjana ekosistem komuniti filem yang kondusif. Kerangka ini diterapkan ke atas sejumlah responden berstrata (n=875) berdasarkan umur, etnisiti, gender dan pendidikan. Analisis regresi berganda telah dilakukan untuk melihat sumbangan beberapa variabel terutamanya individualisme dan struktur komuniti filem terhadap ekosistem industri filem yang rasional secara amnya. Keputusan menunjukkan bahawa individualisme dan struktur komuniti filem mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap ekosistem yang rasional dalam komuniti filem. Hal ini menunjukkan bahawa individualisme dan struktur program yang positif mampu menyelaras dan menambah fungsionalisme komuniti filem sebagai ekosistem seni dan kebudayaan perfileman yang independen demi memberikan nilai tambah besar kepada penonton, peminat, pengkritik dan pengkarya serta komuniti setempat.

Item Type:Article
Keywords:Ekosistem Komuniti filem; Komuniti setempat; Teori Pilihan Rasional; Tindakan sosial; Sinefilia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22220
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 Sep 2023 03:28
Last Modified:19 Sep 2023 03:18

Repository Staff Only: item control page