Analisis pragmatik tajuk berita akhbar digital dalam isu koko: perbandingan antara Malaysia dan Indonesia

Noviatin Syarifuddin, and Mohamad Fauzi Sukimi, and Mohd Nor Shahizan Ali, and Novel Lyndon, (2023) Analisis pragmatik tajuk berita akhbar digital dalam isu koko: perbandingan antara Malaysia dan Indonesia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (1). pp. 309-335. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1584

Abstract

Akhbar digital merupakan perantara utama dalam komunikasi massa yang berkredibiliti. Dalam sektor pertanian, akhbar digital berperanan sebagai wadah komunikasi bagi menyalurkan informasi daripada kerajaan kepada petani. Hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Indonesia sebagai negara pengeksport koko penting dianalisis kerana kedua-dua buah negara berhadapan dengan isu produktiviti yang belum mampu memenuhi permintaan industri di Eropah. Walau bagaimanapun, senario petani yang berhadapan dengan isu produkviti dan saranan daripada kerajaan amat kurang diterokai melalui tajuk berita akhbar digital. Justeru, kajian bertujuan menganalisis tajuk berita akhbar digital dalam isu koko untuk menunjukkan perbandingan jenis lakuan tutur antara Malaysia dan Indonesia. Reka bentuk kajian kuantitatif dengan pendekatan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis tema isu koko dalam tajuk berita akhbar. Data tajuk akhbar tentang isu koko dikumpulkan secara rawak meliputi tajuk akhbar Malaysia sebanyak 50 keratan dan Indonesia sebanyak 75 keratan. Data tajuk akhbar dari tahun 2017 hingga 2021 dianalisis menggunakan teknik analisis tematik melalui kerangka Teori Lakuan Pertuturan. Hasil kajian mendapati sejumlah lima jenis lakuan tutur sering digunakan dalam tajuk akhbar berkaitan isu koko. Penemuan kajian di Malaysia menunjukkan jenis lakuan tutur asertif (48%) adalah dominan berbanding jenis lakuan tutur bersifat direktif (10%), komisif (20%) dan deklaratif (20%). Di Indonesia, jenis lakuan tutur asertif (48%) juga dominan berbanding dengan jenis lakuan tutur direktif (13.3%), komisif (16%), ekspresif (10.7%) dan deklaratif (12%). Analisis pragmatik tajuk akhbar kedua-dua buah negara menunjukkan bahawa jenis lakuan tutur asertif dalam melaporkan perkembangan industri koko lebih menyerlah. Ini bertepatan dengan peranan akhbar sebagai alat perubahan sosial dalam usaha membangunkan sektor pertanian koko.

Item Type:Article
Keywords:Akhbar digital; Koko; Analisis pragmatik; Malaysia; Indonesia
ID Code:22222
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 Sep 2023 03:39
Last Modified:19 Sep 2023 03:46

Repository Staff Only: item control page