Adab berkomunikasi secara berkesan dalam cerpen kanak-kanak pilihan

Farra Humairah Mohd, and Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, and Fazilah Husin, and Anida Sarudin, and Nur Farahkhanna Mohd Rusli, (2023) Adab berkomunikasi secara berkesan dalam cerpen kanak-kanak pilihan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (1). pp. 514-533. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
724kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1584

Abstract

Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Sehubungan itu, karya-karya yang wataknya terdiri daripada golongan dewasa terus dinikmati oleh kanak-kanak sehingga akhirnya merumitkan pendefinisian kesusasteraan kanak-kanak. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti watak kanak-kanak yang berkomunikasi secara berkesan dalam cerpen kanak-kanak pilihan dan menganalisis adab berkomunikasi antara watak-watak tersebut yang diungkapkan oleh pengarang berdasarkan enam (6) kaedah komunikasi dalam Surah Luqman. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah analisis teks. Terdapat 5 kumpulan cerpen kanak-kanak pilihan yang digunakan dalam kajian ini iaitu kumpulan cerpen kanak-kanak dari tahun 2012 hingga 2015. Dapatan kajian menunjukkan cerpen kanak-kanak pilihan yang diteliti menepati enam (6) adab berkomunikasi dalam Surah Luqman iaitu mengunakan kaedah i) panggilan dan sapaan, ii) perlambangan, iii) pengulangan, iv) penjelasan, v) perhatian, vi) pemilihan idola. Hal ini bermakna menerusi komunikasi yang beradab, segala urusan kanak-kanak dapat dilalui dengan mudah dan menemui kejayaan. Hal inilah yang cuba dibuktikan dalam karya sastera kanak-kanak Melayu khasnya cerpen sebagai salah sebuah karya sastera yang berfungsi bukan sahaja memberi pengajaran tetapi menghiburkan khalayaknya. Justeru, sudah sampai masanya bahan bacaan kanak-kanak di Malaysia ini perlu mengetengahkan khazanah warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya bergantung kepada karya-karya dari Barat yang jauh menyimpang daripada adab ketimuran apatah lagi nilai-nilai keIslaman.

Item Type:Article
Keywords:Adab, Komunikasi; Cerpen kanak-kanak pilihan; Watak kanak-kanak; Surah Luqman
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22233
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 Sep 2023 10:20
Last Modified:19 Sep 2023 04:19

Repository Staff Only: item control page